Monday, October 25, 2010
Balik ke Tapah, Rest Mastan Ghani, Kg Bahagia : 25 Oktober 2010
Malam Jumaat 22 Oktober 2010 kita balik ke Tapah.
Petang Sabtu kita ke Teluk Intan makan di Rest Mastan Ghani, kemudian singgah di Kampung Bahagia.
Ayah lepaskan Naufal berlari jauh dimerata kampung dimana ayah dibesarkan itu.
tak pernah terlintas lansung difikiran ayah yang ayah akan kembali ke kampung ini semula membawa seorang anak lelaki berjalan-jalan disisi jalannya. 30 tahun dahulu ayah juga sebaya dengan kau meniti jalan yang sama disekeliling setiap sudut derah kampung ini.
Tak sempat ambik gambar. Kamera tinggal di rumah.
raya tahun depan Insyallah kita datang lagi.
2
hari Ahad pagi kami pulang ke Saujana Utama. Naufal tak ikut. Naufal tinggal dengan Opah.
Bila dah sampai rumah ayah telefon Opah.
"Naufal tak nangis ke?"
"Tak" jawab Opah.
"Tapi tadi Naufal masuk kebilik dan tanya adik mana" kata Opah lagi.
"Mak jawab apa?"
"mak cakap Ayah dan mak dah pergi kerja" kata Opah lagi.
Naufal faham.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
rindu kat naufal.. hihi... minggu depan balik kot ek..
Post a Comment