Sunday, May 17, 2009

17 Mei 2009: Kenduri Ipoh.

Pada 17 mei 2009 lepas, kami sekeluarga, iaitu Naufal, ayah, mak dan Opah pergi kekenduri saudara di Taman Perpaduan, Tambun, Ipoh. Ini kenduri majlis perkhawinan sepupu ayah, Min iaitu anak kepada adik Opah yang kami panggil sebagai Che Helmi atau Che sahaja.

Dan macam biasa bila ayah drive, kami akan sesat buat seketika lol. jadi jangan lupa pepatah orang tua, malu bertanya sesat jalan. Dan sebab ayah tak malu, ayah bertanya dan kita tak sesat jalan lagi.

Ianya satu majlis yang sederhana tetapi meriah dengan kehadiran semua saudara-mara belah ayah. Orang ramai datang sehinggakan nasi habis dan terpaksa dimasak semula. Tak keterlaluan sekiranya ayah mengatakan yang Che adalah orang yang dikenali ramai di Ipoh ini kerana penglibatannya dan anak-anaknya dalam kebanyakan pasar malam di Ipoh ini.

Sebelum balik sempat bersembang dengan sepupu, Ijam dan dia menceritakan pengalamannya bertukar meniaga dari menjual bawang dipasar malam ke tudung kepala Ikin. dan sekarang bisnessnya semakin masyuk berbanding dengan dahulu. Memang seronok dengar dia bersembang pasal meniaga. satu keluarga mereka ini, yang lelaki mengikut jejak langkah ayahnya dengan mencari rezeki melalui berniaga. dan boleh kata semua tempat kawasan pasar malam di Ipoh ini ada je kelibat mereka. I Admire them for doing that kind of job. Life never been easy for them, but they get through with it dengan kesabaran dan kental.

Bagi sesetengah saudara yang lain,seperti Yong Tua, Kak Ina, Kak Rose dan lain-lain inilah kali pertama mereka berjumpa dengan Naufal.

Tak banyak gambar Naufal ditangkap pada kenduri ini, dan gambar yang ada cuma Naufal dengan pakcik Ijam sahaja. nanti di uploadkan.

Pukul 4 kami balik ke Damansara tanpa sempat melawat pokok demokrasi di Ipoh dan sebelum senja kami sudahpun sampai di rumah.

2 comments:

Idmalina Mohamad Ideris said...

how sweet....one happiness family...nnti cite lg tau naufal...

saat omar said...

ty Idmalina...selamat bercuti.