Wednesday, January 27, 2010

28 Januari 2010

Salam Naufal,

Minggu lepas Tok Wan, Abang Chak dan Abang Dolah bertandang keurmah kita sebab nak pergi ke Ampang berubat Tok Wan.

Hari ni 28 Jan 2010. Kau dah mula pandai berjalan-jatuh. dan bila kau berjalan, kau taknak berhenti. kebelakangan ni kau susah nak tidur malam.
Selalu terjaga tengah malam. Berjalan, menangis dan sebagainya.

kau juga mulai pandai pegang brush. selalu je masuk kebilik kerja ayah dan kacau ayah buat painting. Air bancuhan biasanya tertumpah kalau kau masuk kebilik walaumacamana ayah cuba sorokkan. Mungkin bila dah cukup dewasa dan dah pandai pegang berus nanti ayah akan belikan canvas untuk kau.
Melukis always fun Naufal. Ayah harap kau enjoy melukis nanti.

Dan satu lagi....kau antara budak paling murah dengan senyuman ayah pernah jumpa. Semalam waktu kita ke Tesco, kau sudah senyum dengan seorang lelaki Cina berumur. Dia datang pada kau dan bersembang. Katanya pada isterinya kau asyik senyum padanya. Ayah ajar kau ucap Chinese New Year padanya.
.
Jadi ingat tu Naufal, suatu hari nanti bila kau dah besar, bila kau susah hati, bila kau rasa nak menyerah diri, rasa putus asa....ingatlah, ketika kau kecil, kau budak paling murah senyuman pernah ayah jumpa. kau budak yang paling happy :)

Thursday, January 7, 2010

8 Januari 2010




Hari ni 8 Januari 2010.

30 disember lepas kita pulang ke Tapah. Ayah, Opah dan Naufal. Mak tinggal di Damansara sebab cuti tahunannya dah habis.
Ayah balik sebab nak menguruskan rumah tinggalan Atuk di Air Tin, Kg Gajah.

Cadangan asalnya adalah untuk Naufal tingal 2 minggu di Tapah, nak temankan Opah.
Tapi malam new Year tu, badan kau tak sihat. Lidah juga sakit. Mungkin itu sebabnya kamu tak berasa siaht dan tak larat nak habiskan susu.
Khamis tu bawak kau pergi klinik. Malangnya semua klinik di tapah tutup pada hari itu.

So Naufal terpaksa dibawa balik ke Damansara.

Mungkin bila Naufal dah sihat barulah hantar Naufal ke Tapah untuk teman Opah dikampung. So far takde masalah kerana kau dah mula minum susu tepung.

Hari ni hari ke 8 tahun 2010. Kau masih takut untuk melangkah. Sedangkan memanjat makin laju.

Subuh tadi, masa main dengan handphone mak, kau terhantuk kepala kat dinding. Kuat bunyinya. Terus kau menangis. Ini bukan kali pertama kau terhantuk dinding. Sampai terpaksa letak bantal kat dinding nak elakkan dari terkena kepala kau.

Sekarang pagi-pagi ayah akan pasang teletubbies masa mak mandi. rasanya kau makin suka kot tengok siri kanak-kanak tu.

Kata ibu kau dah ada kawan di nursery Habsah. kamu berdua biasa main guling-guling dan baring-baring sambil kadang-kadang tarik rambut masing-masing. Namanya Hazril. Dia mungkin kawan pertama kau selepas Marissa.

Monday, December 28, 2009

Trip ke Melaka: 26-27 Disember 2009


















Pada 26-27 Disember kita sekeluarga pergi ke Melaka. Naufal, mak, ayah, Yani dan Azie.NI first family trip.Tidur hotel satu malam.

Masa ini cuti sekolah. Seperti yang tak dijangkakan, Melaka jem dan sesak dengan kenderaan dari keluar tol sampai ke Bandar Hilir. Ayah sampai rasa nak balik ke Damansara je balik. Lenguh kaki nak tekan pedal minyak.

Tapi nasib baik juga kita dapat hotel murah

Sampai je ke Melaka kita terus berjalan. Ada Menara Taming Sari. Tapi ramai sangat orang beratur. Kita pun terus ke Muzium. Ada banyak beca kat itu. naufal, Opah dan Yani naik beca.

Terkejut juga tengok Melaka dah makin meriah. Macam-macam ada.

Sempatlah shopping sikit.Beli tikar mengkuang.

Malam semua kepenatan.takde aktiviti. Pukul 9 semua dah tidur.

Pagi kita check out. terus breakfast dan pergi ke Eye on Malaysia. Sampai kat sana pukul 8. Guard tu cakap tempat tu bukak pukul 10. Patutlah kereta kita paling awal sampai kat parking lot tu. Kami pun ketawa.


Kemudian terus pusing-pusing Melaka kejap. pi Jonker Streets. My favorite kind of place.

Pukul 9 lebih kita kembali ke Eye On Malaysia. harganya tak mahal, RM10 seorang lepas diskaun.

Kita pun naik. Ayah sebenarnya gayat orangnya. naik rollcer coaster rasa nak terjun je kebawah. tapi kuatkan hati juga nak naik Eye On Malaysia ni, sebab kalau kat naik ni, rasa macam tak sempurna pula trip ke Melaka ni.

Naufal sejak awal dah pukul2 cermin tu sampai semua pun jadi takut. Yang kelakarnya dalam ramai-ramai tu smeua steady je, kecuali ayah je yang paling takut sampai tutup mata sepanjang benda tu berpusing.
Lepas tu pusing-pusing Melaka kejap dan terus balik.Sampai salah masuk jalan.

Singgah ke Pasar Borong Nilai 3. memang banyak gerai disini. Sehinggakan semua cadang nak pergi Nilai dan shopping lagi dilain kali.Ayah belikan Naufal baju Liverpool, Opah belikan Naufal baju Manchester United. Camne tu?

Masa makan kat Nilai, yanie suap Naufal nasi lauk ayam yang pedas. pastu Naufal menangis. Yani mula cuak hehe.

Kita sampai kat Damansara pukul 5.30 petang.

Melaka memang sesuai untuk famili trip. Banyak benda boleh buat. Cuma jangan pergi masa sekolah cuti je, sesak sangat. Next trip Opah cadang nak pergi ke Penang.


















Monday, December 21, 2009

21 Disember 2009

Hari ni 21 Disember 2009.

2 minggu lepas mak mengejutkan kita dengan berita yang Naufal akan dapat adik baru. Mungkin bulan Ogos agaknya.
Alhamdulillah. Anak itu kurnia dari tuhan.
Naufal dah bersedia nak jadi abang ke? hehe.

ketika ini Naufal masih belum berjalan lagi. Opah kata mungkin kerana Naufal lebih suka merangkak sebab rasa laju.

Naufal makin lagi makin aggresif. Hyper. Semua nak panjat nak pegang.
Which is good.
Cuma ibu dan ayah tak tahu lagi macamana nak handle naufal bila dah ada adik nanti.

Hujung tahun ni tak banyak aktiviti. Ahad lepas kita pergi ke IKEA, naufal macam biasa bising, gibberish apa pun tak dengar jelas.
Hujung minggu ni cadang nak pergi jalan2 Melaka tapi tak confirm lagi.

see ya, later ok.

Tuesday, November 24, 2009

Selamat Hari Jadi Naufal yang pertama- 25/11/2009
































Hari ni 25 November 2009.
hari Jadi Naufal yang pertama. So sekarang Naufal dah setahun umurnya.



So far masih belum boleh berjalan. (naufal tak berani) tapi dah ligat panjat benda semua.
Malam tadi Naufal muntah sebab batuk dan sakit tekak.


tengahari ni kita nak balik ke Penang untuk sambut Hari raya Haji.


Bila sampai di Penang, Naufal menangis bila Tok Wan dukung. Mungkin sebab lama tak jumpa dan mungkin sebab Naufal masih lagi demam. Sepanjang Raya Haji ni Naufal takde mood je. Senyum pun tak.

Sampai saja di Penang, malam tu terus ada majlis birthday kecil-kecilan. Semua sepupu, abang dan kakak saudara datang, tolong tiup belon.
Tapi tak lama di Penang. Petang Raya haji tu kita balik ke Tapah.

hari Ahad itu first timeNaufal gunting rambut di Tapah. nasib baik Naufal rileks je tak menangis bila kena gunting hehe.

Well anyway, Happy Birthday Dudude....Enjoy life so far? :)

Thursday, September 17, 2009

Raya Aidilfitri Yang Pertama







Hari ni Jumaat 18 September 2009.

Insyallah pada hari Ahad nanti kita akan menyambut hari raya setelah sebulan berpuasa.

Ini raya naufal yang pertama. Ada beli baju 2 pasang. Songkok nak beli tapi kepala naufal kecik lagi, so mak beli kopiah putih je.
Biasa raya pertama kita akan balik ke Tapah Road dan raya kedua baru balik ke Penang.

Lately ayah kena jangkitan kuman kat mata. Mata merah. Terjangkit dengan Naufal sikit. Tapi naufal semakin pulih alhamdulillah.

hari pertama kita beraya di Tapah.Pagi pergi ke rumah bapa Saudara, Angah Dahari di Permatang Pelanduk. Malam kawan ayah yang baru kawin datang kerumah. berbual sambil tengok bola Man U vs Man City. great game. man U menang gol last minit dari Michael Owen.

hari kedua baru balik ke batu Kawan, Penang.

duit raya naufal yang orang bagi adalah dalam RM130 lebih.

hari Sabtu petang bergerak ke bandar Seri Damansara. Beberapa jam selepas sampai, dapat panggilan dari Jam, sepupu mengatakan Angah Dahari telah pulang kerahmatullah.

pagi Ahad tu kita balik semula ke Permatang Pelanduk.

Thursday, August 27, 2009

Mula ramadhan, Merdeka dan Birthday Ibu

Naufal dah 9 bulan. Dan Sekarang bulan Ramadhan. Penghulu segala bulan.hari pertama puasa kita semua balik ek Tapah untuk berpuasa dengan Opah dan juga Yong serta keluarganya.

Lately naufal mulai sensitif. Pantang mak nak perah susu atau basuh pinggan mesti Naufal menangis. nak mintak dukung.sensitif sangat!

tapi masih buas. Susah nak tidur. hanya ayah sahaja yang pandai nyanyikan lagu dari filem Ahmad Albab dan Ali Baba Bujang Lapuk untuk tidurkan Naufal. Kalau mak yang goyangkan buaian tu, Naufal mesti menggeliat punya hehe....
kadang-kadang tengah malam pun naufal bangun dan menangis. Dalam mengangtuk-ngantuk tu mintak jugak nak kena dukung .

Naufal mula diberi makan nasi + sup. Kalau itu yang dibagi ,setengah pinggang pun Naufal boleh habiskan. Kalau makanan yang kau tak suka memang kau paling muka.

pada 30 Ogos pula adalah hari jadi Ibu.
hari Sabtu kita ke Selayang Mall dan Mydin beli baju Melayu naufal. baju yang paling ecik takde. Seluar besar . songkok takde yang muat. Mungkin tahun depan Insyallah.

30 hb ni birthday Ibu. Tak buat apa-apa pun. Beli cake je dan makan bertiga. maybe bila Naufal dah cukup besar nanti boleh suruh Naufal tolong tipukan lilin birthday ibu nanti.

30hb Ogos juga hari Kemerdekaan. tapi sebab dalam bulan Puasa tak terasa sangat pun sambutan merdeka. Cuti dari Sabtu hingga ke Isnin dan kita banyak duduk kat rumah je. Dengan kes H1N1 ni masih berleluasa, rasanya yang paling selamat adalah duduk dirumah sahaja. Cuma pagi Isnin je pergi Ikano je usha sofa yang harganya beribu-ribu tu.Usha je, berangan2 nak beli tapi tak beli pun.kata orang tu kalau tak dapat miliki sesuatu tu, dapat tengok pun cukuplah.

Oh ye gigi tepi naufal dah mula kelihatan. Sekarang Naufal dah ada 4 gigi atas. makin kuatlah kau menggigit barang.:)