Wednesday, November 18, 2015

Anugerah Lonjakan Saujana


18 November, ibu telegram....ingatkan pasal apa. Jantung dah nak gugur. Takut apa pulak Naufal buat kat sekolah lagi ni? Gaduh? pecahkan kipas lagi? Cuak ayahnya.

Tapi rupa-rupanya Naufal dapat anugerah student lonjakan. atau nama rasminya Anugerah Lonjakan Saujana. . Ini mungkin senarai pelajar yang bermasalah dari segi akademik sebelum ini tapi ada lonjakan baik pada peperiksaan akhir. Not bad not bad kerana dulu cikgu sekolah pernah bermesyuarat untuk letakkan Naufal di kelas special.

Majlis anugerah ialah pada Ahad 21 Oktober 2015. Kita sepatutnya balik ke Tapah hari Sabtu ni. Plan terpaksa tukar, kita boleh balik petang Ahad selepas majlis tu.Naufal mungkin tinggal disana sehingga majlis kawin Azie pada 29hb Oktober ni.

*IJ =Kelas 1 Jujur.

No comments: