Sunday, October 18, 2015
November 2015
November. Dah hampir setahun Naufal sekolah. Ada banyak perkembangan baik berbanding awal tahun dulu. Dah boleh disuruh.
"Naufal,tolong buang ni ke tong sampah."
"Naufal, tolong ambilkan pen ayah kat bawah." Dan Naufal akan bergegas turun kebawah.
Cuma yang berat-berat macam tolong sapu sampah dia berat sikit.
Dan yang paling dia tak suka ialah menulis. Paling payah. Paling berat.Paling dia tak suka. Ada je alasannya. Selalu kena marah dengan ibunya. Tapi takpelah slow slow, sikit sikit.
Seminggu sekali ayahnya bawak dia menonton wayang di Space U8. Ada naiak motor ada naik kereta. Tapi bawak dia naik motor bahaya sebab dia suka tidur atas motor. Tersengguk sengguk dia tidur. ada masa sampai mengereng nak jatuh kebawah.
Lepas tu kita pergi tengok wayang naik AD Resort. Pun dia akan tertidur dalam kereta.
Kita tonton Inside Out (2 kali), Goosebump, Hotel Tranylvania 2 dan Polis Evo. This is a good year for movies.
Selain dari itu dia memang suka menonton DVD. Sekarang Naufal obses dengan Jurassic Park. Dia suka dinasour.
Adegan yang sama dia akan rewind berkali-kali.
Selain dari tu pagi weekend kita akan pergi jogging seround dua. Masa kecil Naufal ligat berlari. Sekarang dah slow sikit. Mungkin sebab faktor usia.
Hari tu, sebab sakit perut dan cirit birit, satu hari ayah dapat panggilan telefon dari sekolah agama petang. Cikgu suruh bawak seluar, sebab seluar Naufal dah habis basah. Bila sampai, Naufal taknak turun. Terpaksa ambil seluar dan pakai kat sana. Masa tu semua orang cirit birit.
CIkgu-cikgu agama Naufal baik-baik dan lembut belaka. Dulu mereka ingat Naufal ni malas. Tapi sekarang mungkin cikgu-cikgu dah faham kot sedikit tentang sifat-sifat Naufal.
Budak-budak sekolah agama pun ada yang nakal dan suka sorok kasut Naufal. CIkgu cadangkan dia bawak sandal ke sekolah.
Naufal, kau masih kecil. Kumpul segala memori baik untuk kau simpan diwaktu tuamu nanti.
Ni gambar cikgu hantar, Naufal tidur dalam kelas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment