Sunday, May 28, 2017

Ramadan 2017. 27 Mei 2017(Sabtu)




Gambar gambar masa event ECOWORLD.


Ramadan tahun ni bermula pada 27 Mei 2017. Hari Sabtu. Naufal macam tak sabar nak berpuasa.
Hari ni Naufal dan ayahnya pergi berjalan-jalan di Kuala Lumpur. Sepatutnya Isfahan ikut sekali. Tapi sebab dia tak mandi, dia kena tinggal. Lagipun memang susah nak bawa Isfahan;bayangkan dia berlari lari di sekitar pameran BSVN.

 First trip ke Balai Seni Visual Negara. ada banyak pameran menarik. Terutamanya pameran Dzulkifli Dahlan.

Lepas tu terus ke KLCC, Kinokuniya. Naufal nak beli sebuah buku tentang sains yang harganya takdelah mahal sangat. Tapi ayahnya tarik dia pergi ke ruangan komik dan beli komik horror adaptasi Jepun berharga RM12.90.

macam biasa kalau bawak Naufal dan Isfahan pergi shopping kompleks, mesti diaorang akan lost-hilang.

Pukul 1 tengahari,terlalu awal untuk pulang. Samada nak tengok wayang atau- Naufal makin ada citarasa dalam menonton filem di panggung wayang;dia tak minat lansung nak tonton Pirates of Caribbean. FIlem yang dia nak tonton adalah DIARY OF A WIMPY KID. Oklah. Ada lagi sejam sebelum 2.30. So Naufal dan ayahnya turun kebawah tengok air pancut. Tapi pantas pula pak guard tu halau kita dari duduk tepi tangga, yang sebenarnya tempat duduk paling baik, sebab ianya masih sejuk dari aircond dalam bangunan.

Lepas tonton filem, kita terus balik. Sempat singgah di pasar Ramadan. Hari ni beli paling banyak makanan sebab fikir hari pertama berpuasa so...what the hell. Naufal beli nasi tomato dan air.

Malamnya Naufal dan ayah pergi solat Terawikh. Isfahan ikut sekali. Sempat 4 rakaat. Itupun Isfahan dah 'hyper' sangat.

Sahur terlewat. Bangun pukul 5.30 pagi. Kelam kabut. Tapi tak perlu terkejut-memang hari hari pun kita kelam kabut.

Pukul 9 pagi kita dah gerak balik ke Tapah.

Isfahan pukul 1 dah bising nak minum air. Cuba dipujuk tapi akhirnya dia gagal. Minum air dan makan biskut. Dalam hal berpuasa ni Naufal lagi boleh tahan lapar dari adiknya....walaupun cuba juga dipujuk pada lewat petang. Pukul 6 Naufal dan Opah pergi pasar ramadan di Tapah. Beli air soya.

Sempat berbuka puasa dengan Opah. Pukul 9.30 ayah,ibu dan Isfahan gerak balik ke Saujana Utama. Naufal tinggal dengan Opah seminggu.

No comments: