Thursday, November 24, 2016

Birthday Naufal ke 8: 25 November 2016







Hari Khamis petang, Naufal dan ayah ke hospital Sg Buloh ,klinik pergigian. So hari ni tak sekolah. Appointment pukul 2 petang. paginya ikut ayah ke pejabat dan pergi Giant, makan KFC. Sebelum tu ke MPH belikan diary untuk cikgu Latifah. Naufal sign 'TERIMA KASIH CIKGU LATIFAH, AMIR NAUFAL MOHD SAAD'. Ibu tolong balutkan hadiah tu untuk hari terakhir di sekolah ,tamat tahun 2.

Naufal tak takut ke klinik gigi. Tak macam orang biasa. Disana, dia sudahpun familliar dgn tempat tu. Dan pelajar yang handle Naufal masih kenal Amir Naufal.
Dari pukul 2.30 ke pukul 4 Naufal duduk dikerusi dnetist. Kena menganga berjam jam. Nasib baik kena bius. Hari ni tampal gigi.

Lepas tu balik. Singgah beli kek. Nak beli kek Secret Recipe, mahal pulak. AKhirnya pergi ke kedai  Choc Cake, beli dua kek. Satu untuk Naufal satu untuk Fahan dan tadikanya.

Cadang nak potong kek pukul 12 malam tapi Naufal tertidur pukul 10 lebih.

Bangun pagi, lepas mandi, sama sama dengan Fahan, tiup kek.

Mulai esok, cuti sekolah bermula.

No comments: