Tuesday, October 11, 2016

10 Oktober 2016




 tolong ibu memasak tumbuk lesung

Cabut gigi di Hospital Sungai Buloh. 11 Oktober.


Setiap kali hantar Naufal kesekolah, ayahnya pesan beberapa perkara
1) Jangan tidur dalam kelas.
2) Jangan bergaduh dalam kelas.
3) Jangan pau duit sekolah kawan
4) Jangan lupa bawa songkok balik.

Setakat ini progress dia makin baik. Benda benda penting dia ingat, macam -hari ini hari Rabu ada Pasar Malam. dan lain-lain lagi.


Naufal dan Fahan dah mula main 'Aci Nyorok'. Its too late for your age but better late than never. Tapi diaorang nyorok tak betul-betul nyorok. Sejak dua minggu lepas, tiapa tiap malam dia ajak ayahnya main aci nyorok.

Ada undang-undang baru dekat rumah-No TV on weekdays. Hanya pada hujung minggu. Pada hari pertama, Naufal dan Fahan sangat gelisah. Tapi setakat ini sudah seminggu tak ada TV dan semuanya ok. Walaupun ketagihan bermain video game makin menjadi jadi (Especially pada Isfahan).

Naufal makin kuat makan. Dan juga minum. Kalau order satu gelas air, memang tak cukup untuk dia sorang. Kemudian dia akan pau air ayahnya sampai ayahnya terpaksa sorokkan gelas air bawah meja.

Sekarang Naufal dah ringan tangan sikit. Suka tolong orang buat kerja. Kadang-kadang bila ibunya memasak dia tolong tumbuk lesung. Bila ayahnya vacuum kereta dia tolong vacuumkan.

Kalau dulu dia minat dengan dinosaur, sekarang hobi dia tengok filem yang ada ular-terutamanya Anaconda.

No comments: