Monday, July 11, 2016

Hari Raya Aidilfitri 2016- 6 Julai 2016

 di Pulai Indah, Pulau Pinang ke wedding saudara.
 Ayah suruh dua orang ni lompat tapi diaorang taknak lompat.
Belajar panjat pokok di Jeti Pulau Musang, Batu Kawan, Pulau Pinang.
 Tapah Road.
Pagi Raya dan ayahnya tak jumpa sikat. Around 10 O'clock.



Bulan Puasa Naufal balik sekolah pukul 5.30 ptg. Ayahnya ambik dan kita akan balik rumah. Pukul 6 lebih baru kita ke pasar ramadan.

Naufal puasa. At least itu yang kita tahu. Walau dugaan untuk buka peti ais dan minum tu ada. Kadang-kadang air dalam botol tinggal setengah. Hmmm....entahlah. Tapi makan, setakat ni Naufal berjaya. Takpe plan -plan.

Minggu pertama Naufal tinggal dengan Opah di Tapah. Cuti sekolah. Habis cuti sekolah kita balik ke Saujana Utama.

Malam-malam dah mula main mercun. Jadi, setiap kali pergi ke pasar Ramadan, Naufal cari mercun. Dia mintak mercun bee.

4 Julai kita balik ke Tapah dulu. Malam tu, Naufal, Opah dan ayahnya pergi ke Supermarket di pekan Tapah. Dan seperti yang dijangkakan, Naufal hilang dihujung-hujung shopping. Jenuh ayahnya cari kehulu kehilir. Tapi tak jumpa. Sampai letih. Sampai pi panggil pak guard. Sampai orang ramai kerumun Opah.

Akhirnya, ayah keluar dari cari disekitar. Jumpa Naufal dibangunan sebelah berjalan seorang dalam gelap. Bila ditanya nak kemana dia diam. Tapi ayahnya tahu dia nak mencari kedai DVD yang dilintas dalam perjalanan tadi.Nak marah pun dah tak boleh. Dah memang macam tu.

Setiap kali. Setiap kali pergi shopping mesti dua budak ni, Naufal dan Isfahan akan hilang, Tapai kami tak pernah jemu bawak diaorang pi jalan-jalan.

Pagi raya, kita solat Jumaat di surau Tapah Road. Kemudian kita melawat kubur Atuk.

Lepas tu, rutin ke Permatang Pelanduk.

Pukul 4 lebih baru gerak ke Batu Kawan.

di Batu Kawan memang seronok sebab rumah tak pernah sunyi.

10 Julai kita balik ke Saujana Utama, setelah bermalam satu malam di Tapah Road.

Hari Isnin, sekolah dah mula.  ayah, Ibu dah mula kerja dan lemau di pejabat.



No comments: