Tuesday, May 19, 2009

Rumah Kita...

Dear Naufal,
ketika ini kita sekeluarga tinggal menyewa disebuah rumah flat bernama Pangsapuri Seri Meranti, di Bandar Seri Damansara.

Seperti yang kamu patut tahu, bukanlah sesuatu yang mudah untuk mencari rumah sewa di kota ketika ini. dengan harga yang berpatutan. tapi mungkin kerana nasib ayah yang baik, (ataupun mungkin tuah kau juga) hanya dengan sekali cari, ayah dapat jumpa sebuah rumah sewa dengan harga yang berpatutan (RM400 sebulan) dan ianya terletak ditingkat paling bawah sekali. The best bargain.

Tuan rumahnya bernama cik Normah (ya nama yang sama untuk tuan rumah P Ramlee dalam filem Bujang Lapok, ironik eh?) Shes a nice landlord cause ayah tidak perlu membayar cengkeraman atau wang pendahuluan. Dan semenjak duduk dirumah itu tak sekali pun tuan rumah menjenguk rumah mereka.

Tepat pada 1 Januari 2008, ayah dan ibu Naufal mula menduduki rumah ini. Sampai sekarang ayah berasa sangat nasib baik kerana dapat tinggal dirumah ini. Thats another reason why I called u a magic boy. walaupun semua ini berlaku lama sebelum kau dilahirkan.

Bandar Seri Damansara ini dipilih sebagai tempat tinggal kerana ianya berada ditengah-tengah antara tempat kerja ibu iaitu Taman Melati dan Puncak Perdana, tempat kerja ayah. jadi untuk menyelsaikan masalah tempat pekerjaan yang jauh antara kami berdua, bandar Seri Damansara ini paling sesuai.

Bandar Seri Damansara adalah sebuah kawasan perumahan yang.... cool. ianya berada tidak jauh dari The Curve , One Utama dan juga IKEA, sebuah company Home Deco dari Sweden. Ada McDonald, ada 7 eleven, Secret Recipe dan macam-macam lagi disekitar neighbourhoodnya. Sebuah masjid cantik yang berada diatas bukit. Kawasannya yang tenang dengan banyak pokok-pokok rendang dan redup. tak huru hara sangat macam kebanyakan kawasan perumahan dikawasan bandar yang lain. Pada waktu petang dan juga tengahari, angin kuat bertiup masuk kedalam rumah melalui cermin kaca.

rata-rata jirannya adalah ramah mesra. Walaupun ayah tak kenal lansung dengan walau salah seorang pun dari mereka( hell, even jiran depan rumah pun ayah hanya gelarkan dia sebagai ABANG MISAI), tetapi kami selalu bertukar-tukar senyuman bila berselisih ditepi jalan.
Kejiranan di bandar Seri Damansar ini rajin melakukan rondaan setiap malam. pada hujung minggu mereka juga mengadakan gotong royong dan bermain bolasepak setiap petang.

Rumah ini sebenarnya bukanlah sebesar rumah Opah di Tapah ataupun rumah Opah di Penang, tapi sesuai untuk keluarga kecil macam kita. rumah ini ada 3 bilik. Satu bilik untuk ayah dan ibu. Satu bilik untuk Opah dan satu lagi bilik stor/bilik menulis Ayah. tapi itu tak mengapa kerana kebanyakan dari masa kita diluangkan diruang tamu dengan menonton TV.

Uncle Ajin, Uncle Den dan Uncle Derik duduk berdekatan dengan kita. Kadang-kadang bila ada masa terluang mereka akan bertadang kerumah kita.

basically its a nice neighbourhood, Mungkin bila kau besar, nanti kita akan berpindah kekawasan yang lain pula, tapi apa-apapun jangan lupa, This is the house where u grow up as a child between 2 month until maybe one year old ; Rumah yang kau belajar meniarap, merangkak dan tempat engkau ditidurkan didalam buaian.

3 comments:

Jaja Lita said...

home sweet home...

Idmalina Mohamad Ideris said...

hurm...dpt dirasakan keikhlasan dan kasih sayang seorang ayah dalam tulisan ini...
rumah lah tempat terindah berbanding mana-mana tempat dlm dunia ini...

Anonymous said...

Amiklah gamba rumah tu n post kat blog ni.. at least ada gak kenangan kan.. tak sangka eh.. "angin kuat bertiup masuk kedalam rumah melalui cermin kaca".. errkk blh tembus ke angin tu kat cermin kaca? Bukan Jendela Bercerminkan Kaca?? eeehh..eh..ehh.. melebih lak aku ni.. wakakakakaa.. Sori Saat.. *peace*