Monday, May 11, 2009

Selasa: 12 Mei 2009




Hujung minggu lepas, kami sekeluarga berjalan-jalan ke Melaka. Ayah, emak, opah, Yong, Pak Nun dan 5 anak mereka. 2 kereta .Nak hantar Yani Along ke Melaka yang akan memenuhi keperluan praktikal sebagai guru sekolah di Sekolah Menengah Teknik Melaka.
Macam biasalah, bila ayah drive kami akan sesat dibeberapa tempat. Di highway, dan termasuklah di Ayer Keroh.
Kami Sempat singgah di Tesco dan makan nasi campur yang mahal (nasi+ ikan dan sayur=harga RM8.50) Mak mula membebel mahal hehe. tapi takpe, benda makan, nak buat camne. masuk kemulut je dah ler. lain kali makan nasi claypot macam ayah ok. harga dah state.
Naufal terus membuktikan dia budak 5 bulan yang cool dengan tak banyak meragam. Kalau tak tidur, dia akan terdiam melihat opahnya tidur. tapi sayang, takde shoot gambar lansung kat Melaka.

Time balik, ketika dalam perjalanan mencari bandar Dihilir kami sesat lagi. berpusing-pusing mencari bandar lama Melaka.( Eh bukan ke A famosa kat tengah town. Buat ape Portugis buat kubu kat tengah hulu? hehe) dan bila tak jumpa, kami terus memcut masuk ke highway.

ketika azan Maghrib mula berkumandang, kami sekeluarga sampai dirumah.

Pada hari Sabtunya pula, kami sekeluarga pergi ke Mid Valley. Azie teringin sangat nak naikLRT dan naik Komuter. maka Bersesak-sesaklah kami dari LRT Gombak ke KL Central pastu naik Komuter ke Mid Valley. Kesian Nazim, penat dia berjalan. naufal pun tersepit ditengah orang ramai. nasib baik naufal duduk dalam strolley je. Naufal punya excited dia menjerit kesukaan.Memang memenatkan (kepada yang berjalan sebab Naufal hanya duduk dalam stroller hehe) tapi satu pengalaman yang cool. Mungkin bila naufal dah besar sikit kita akan naik journey yang lebih jauh lagi dalam keretapi.

Itulah kali pertama Yong dan Pak Nun datang singgah dan tidur di rumah bandar Seri Damansara.

Oh ya sebelum terlupa,beberapa hari yang lepas dunia menyambut hari Ibu. kerana naufal masih muda, dia tak sempat untuk menugcapkan selamat hari ibu pada ibunya. Tapi jika dia boleh bercakap nanti, sudah tentu dia akan mengucapkan sesuatu untuk ibunya.

7 comments:

Jaja Lita said...

makan kat foodcourt tesco tak de amik lauk pun.. amik sayur2 je (ulam pegaga+sayur lemak kundur+sambal belacan+telur masin) tapi rega rm8.50. mahai nak mampoih. alasan dia sbb pegaga mahai. nak kelentong betui.. kalau 8.50 dah balik modai dah berkali2.. huhu.. naufal.. lain kali kita jgn makan kat situ lagi..

Amir_naufal said...

Pegaga mahal? kah kah kah...
eh komen cam style ni tak best ah..camne nak tukar ek?

Jaja Lita said...

kalau naufal dh leh cakap nanti.. wish kat ibu happy mother's day.. then g kat ayah.. mintak ayah belikan hadiah kasi kat ibu yer... hahaha.. boleh??

DERIA said...

salam Naufal, saya sentuh tangan Naufal dari berkat. Saya akan melihat Naufal selalu. Semoga Naufal didaftarkan dengan penuh keimanan.

1. Sabar
2. Penyayang
3. Tabah
4. Pelindung

DERIA said...

saya wujud bersama blog naufal: 11th May 2009. Syukur.

saat omar said...

Terima kasih Deria..God bless u too

kekure said...

Kesian Naufal dapat ayah yg selalu sesat..tapi aunty kekure harap sikit masa lagi ayah Naufal akan beli sebijik GPS supaya dia tidak lagi sesat..