Monday, June 29, 2009

Perkataan Pertama















Dear Naufal,

Pada 29 Jun yang lepas, kira-kira pada pukul 6.45 pagi, kau melafazkan perkataan pertama kamu.

Ketika itu bilik ruang tamu gelap dan hanya samar-samar kelihatan. Kau terlentang diatas tilam toto semenatra opah berjalan dari bilik tidurnya kedepan ruang tamu.

kau sebut "O-pah!"

Memang ada rumours yang kau telah menuturkan perkataan itu sebelum ini tetapi antara dengar dan tidak dengar (tak jelas) tetapi yang kau sebut pada pagi itu, memang jelas kedengarannya "Opah!"

..Takut kerana mungkin ayah hanya mamai2 ketika itu atau berilusinasi (maklumlah pukul 6.45 pagi) , keesokan harinya ayah tanya balik pada ibu dan opah jika betul kau mengucap perkataan itu. tetapi ternyata memang betul kau menyebut Opah....

Jadi begitulah ceritanya :)

Monday, June 22, 2009

Piknik di Taman Tasik Shah Alam

kehadapan Naufal,

Pada hari Sabtu lepas, kita sekeluarga pergi berjalan-jalan di Taman Tasik Shah Alam.kami sorong kau naik stroller meniti tasik. orang ramai pada hari itu macam biasa. Everybody need exercise. termasuklah ayah mak opah dan juga kau. Kau nampaknya suka kalau dibawa berjalan.

Bila ayah belajar di sini 10 tahun dulu, hampir hari2 ayah lalu lalang di tasik ini. Dan keadaan Taman ini pun tak banyak berubah kalau nak dibandingkan beberapa tahun yang lepas.

takde gambar nak upload lupa nak bawa kamera.

Dan malamnya kau mengigau. pada awal Subuh kau dah mula menjerit. menangis sampai menitiskan air mata hehe. Mungkin ada pengalaman tadi yang menggangu kau barangkali. Sebagai jenaka ayah dan mak mengatakan yang kau terbayangkan burung unggan yang besar yang kita lihat dalam meniti titi tasik kecil itu.

pada hari Ahadnya pula adalah hari Ayah sedunia. Emak bagi ayah baju dan seluar dan juga kad ucapan selamat hari ayah dari Naufal hehe. very nice. Mungkin bila kau dah besar sikit mungkin kau sendiri boleh menulis kad ucapan dengan tangan kau sendiri.

ketika ini kau masih lagi merangkak. tapi sudah merangkak jauh sampai ke bilik air. Sesekali kau tunjuk skill nak berdiri hehe. Dan oh ye perubahan besar adalah semalam kami tengok gigi atas kau baru nak tumbuh :)

Sunday, June 14, 2009

Kehidupan satu Pengajaran.....


Dear Naufal,

Hari ni 15 Jun 2009.

Kau masih lagi merangkak. tapi kau semakin laju. kadang-kadang waktu pagi seawal pukul 2 pagi kau bangun dari tidur dan terus mahu merangkak kedapur. Dan pantang lepa sikit kau nak mengambil semua barang yang boleh kau capai. Dan semua benda yang kau capai, kau nak masuk ke mulut. Kau memang aktif budaknya. nak menjaga kau perlukan komitment dan pantauan 24 jam hehe. Kadang-kadang kami juga berjenaka mengatakan yang rumah ini harus dibuat pagar bagi mengelakkan kau merangkak jauh.

I must say kau adalah budak yang aktif dan cergas.

Kemana saja kau pergi kau akan mengimpresskan orang dengan keboleh kau mengangkat kepala bila terbaring. Dan kalaulah ayah bagitahu mereka kau sudahpun mampu mengangkat kepala sejak berumur 3 bulan agi sudah tentu mereka akan lebih impress. Dan so far itulah kekuatan kau (selain dari kebolehan kau terpaku menonton TV)

Dan itu membuatkan ayah bangga dan...... juga risau dalam masa yang sama.

Bangga...... kerana ayah sendiri bukanlah dilahirkan sebagai lelaki tough. Yeah ayah bukan kuat orangnya. walaupun ketika kecil ayah pernah juga bergasak dan lincah, tetapi sebenarnya ayah bukanlah dari golongan yang keras. bantuan kau bila dah besar nanti sangat2 diperlukan dirumah. Tambah-tambahan ayah semakin tua dan mulai sakit dada dan sebagainya.


Risau.....ayah juga risau kalau nanti kerana kekuatan fizikal kau itu maka orang berebut2 nak buli kau, cari pasal dengan kau dan sebagainya bila kau dah besar nanti. Ayah tahu, ayah pernah mengalaminya. Sudah tentu ayah takkan kau membesar sebagai tough guy, kaki buli dan lain-lain. Ingat Naufal, prinsip kita....Biar orang sakiti kita tetapi jangan sekali-kali kita membalas dendam kepada. kerana prinsip sebegitulah ayah boleh 'hidup' sampai sekarang ini.walaupun....well ada masanya ayah juga kadang-kadang rasa nak tembak je dengan senapang gajah orang yang membuat taik dengan kita....tapi kita tahan sajalah perasan marah itu.

Ada unsur-unsur panas baran dalam diri kau ayah mulai nampak sedikit demi sedikit. Well,..sebenarnya sikap itu kau warisi dari ayah. masa kecik ayah memang cepat angin. tapi sekarang, ayah sudah mampu untuk mengawal perasaan marah itu. Ayah akan ajar nanti bagaimana nak kawal perasaan itu. Kalau kau berjaya mengawal perasaan marah, dendam, benci itu, kau sudahpun boleh dikira 'berjaya' sebagai manusia.

Sementara waktu, kau boleh jadi seperti yang kau mahu. yang penting kau harus belajar dari sehari kesehari bagaimana untuk menjadi manusia yang baik, yang berperanan dalam masyarakat. Dan mungkin dalam proses itu kau akan berperang dengan diri sendiri. tapi tak mengapa, kerana ingat ini Naufal, manusia, walaupun setua atau sematang mana pun mereka, peperangan mereka dengan konflik diri sendiri tidak akan berkahir sehinggalah keakhir hayat mereka.

Wednesday, June 10, 2009

Generasi yang Hilang..

dear naufal,
dari 5 Jun 2009 sehingga 10 Jun kita sekeluarg balik ke rumah tok dan tok wan di batu Kawan Penang. memang susah ayah dan ibu nak dapat cuti panjang. tapi sesekali bila ada masa terluang kamai akan pulang ke kampung belah ibu di Penang.

tapi sebelum itu pada hari Sabtu kita singgah di kenduri saudara di Air Tin, Kg gajah, Perak untuk menghadiri kenduri khawin sepupu ayah, anak kepada abang datuk kau, Omar bin Kassim..

Datuk naufal dari belah ayah, Omar bin Kassim ada 4 adik beradik. Kesemua adik beradik lelakinya dinamakan sempena nama para Sahabat iaitu Othman(yang pertama) yang kedua perempuan (ayah pun tak ingat nama dia hehe) yang ketiga adalah datuk kau yang telah meninggal dunia lama sebelum kau dilahirkan. dan yang ketiga adalah Ali atau lebih dikenali sebagai Che Tayid sahaja.
Dari keempat2 adik beradik ini, 3 telah meninggal dunia dan yang masih hidup ialah Che Tayid.

Othman Kassim meninggal dunia sebab sakit jantung. meninggal secara tiba-tiba didalam kereta.

Omar bin Kassim meninggal dunia pada 13 Mac 2003 kerana kencing manis.

Yang perempuan pun rasanya meninggal sebab jantung.

Che Tayid pun mengalami masalah kesihatan akibat kencing manis. Ibu jari kakinya dipotong dan dia berjalan menggunakan tongkat. Dia sekarang menetap di Kampung Melayu Subang.

jadi adalah penting untuk keluarga kita hadir ke majlis perkhawinan ini.
Che taid dan datuk kau sebenarnya adalah orang yang pentingkan menjaga silalturrahim antara saudara.
Ayah sendiri sekarang tak kenal mana satu saudara dan mana satu orang luar, apatah lagi kau nanti bila besar.. Sebaliknya ayah lebih rapat dengan kawan2 diluar dari rapat dengan saudara sendiri.

jadi adalah penting untuk kau kenal asal usul kau Naufal. Ini antara sebab utama blog ini dibuat untuk kau.

Mungkin di satu kenduri kawin yang lain kita akan bertemu semula dengan saudara keluarga yang terdekat . Dan ketika itu diharap kau sudah cukup besar untuk kenal siapa mereka. Jangan nanti berlaga bahu ditepi jalan tak kenal susur galur sendiri.

Thursday, June 4, 2009

Melihat Naufal...

Kadang-kadang aku melihat Naufal aku tak berkata
“Apa yang aku boleh ajar padanya”
tetapi sebalik
“Apa yang dia boleh ajar aku”

Akulah sebenarnya yang masih merangkak-rangkak untuk menjadi seorang ayah yang baik.