Sunday, July 19, 2009

hari pertama persekolahan

Dear naufal,

hari ni 20 Julai 2009.

Pagi tadi adalah pertama kali kau dihantar ke nursery. Atau menurut ibu, hari pertama 'persekolahan' kau.

ianya bukanlah satu pilihan yang popular tetapi kami tak ada pilihan lain lagi. Opah dah balik ke Tapah Road setelah menjaga kau sejak kau berumur 2 bulan. Dan kau tak ada orang nak jaga. Sudah tiba masanya kita berdiri diatas kaki sendiri.

Ini adalah pertama kali kau dijaga dibawah jagaan orang luar. kami harap semuanya dalam keadaan baik . Memang lah sesiapa yang menjaga kau tak akan menjaga kau sebaik Opah telah menjaga kau sebelum ini, tapi kami harap kamu tak mendatangkan masalah pada mereka.

Semalam Ibu telefon ke nursery tu dan cakap naufal nangis sepanjang masa. Kesian Naufal. ianya memang mengambil masa untuk kau membiasakan diri dengan suasana baru. In the mean time mungkin kau akan rindu pada Opah dan ibu. Cuma jangan nakal sangatlah ok Naufal. nanti letih pulak orang nursery tu nak jaga kau :D

1 comment:

Idmalina Mohamad Ideris said...

selamat 'bersekolah' naufal...
x mo nakal2 ya...
huhu..opah dah balik,nnti mesti opah rindukan naufal...