Thursday, August 27, 2009

Mula ramadhan, Merdeka dan Birthday Ibu

Naufal dah 9 bulan. Dan Sekarang bulan Ramadhan. Penghulu segala bulan.hari pertama puasa kita semua balik ek Tapah untuk berpuasa dengan Opah dan juga Yong serta keluarganya.

Lately naufal mulai sensitif. Pantang mak nak perah susu atau basuh pinggan mesti Naufal menangis. nak mintak dukung.sensitif sangat!

tapi masih buas. Susah nak tidur. hanya ayah sahaja yang pandai nyanyikan lagu dari filem Ahmad Albab dan Ali Baba Bujang Lapuk untuk tidurkan Naufal. Kalau mak yang goyangkan buaian tu, Naufal mesti menggeliat punya hehe....
kadang-kadang tengah malam pun naufal bangun dan menangis. Dalam mengangtuk-ngantuk tu mintak jugak nak kena dukung .

Naufal mula diberi makan nasi + sup. Kalau itu yang dibagi ,setengah pinggang pun Naufal boleh habiskan. Kalau makanan yang kau tak suka memang kau paling muka.

pada 30 Ogos pula adalah hari jadi Ibu.
hari Sabtu kita ke Selayang Mall dan Mydin beli baju Melayu naufal. baju yang paling ecik takde. Seluar besar . songkok takde yang muat. Mungkin tahun depan Insyallah.

30 hb ni birthday Ibu. Tak buat apa-apa pun. Beli cake je dan makan bertiga. maybe bila Naufal dah cukup besar nanti boleh suruh Naufal tolong tipukan lilin birthday ibu nanti.

30hb Ogos juga hari Kemerdekaan. tapi sebab dalam bulan Puasa tak terasa sangat pun sambutan merdeka. Cuti dari Sabtu hingga ke Isnin dan kita banyak duduk kat rumah je. Dengan kes H1N1 ni masih berleluasa, rasanya yang paling selamat adalah duduk dirumah sahaja. Cuma pagi Isnin je pergi Ikano je usha sofa yang harganya beribu-ribu tu.Usha je, berangan2 nak beli tapi tak beli pun.kata orang tu kalau tak dapat miliki sesuatu tu, dapat tengok pun cukuplah.

Oh ye gigi tepi naufal dah mula kelihatan. Sekarang Naufal dah ada 4 gigi atas. makin kuatlah kau menggigit barang.:)

1 comment:

Jaja Lita said...

bukan setakat gigit barang.. hahah. org pun dia nak gigit.. mcm geram gitu..

skrg naufal pun dah pandai ejek ayah tido.. hahahahah