Sunday, August 9, 2009

Naufal masuk wad...

6 Ogos 2009 bila demam kau masik tak kebah, kami hantar kau ke Hospital Selayang lepas balik kerja.

Sampai sana pukul 6 lebih, orang ramai dah beratur untuk check up demam. Itu pengalaman pertama ayah pakai penutup mukaKetika ini mangsa H1N1 yang meninggal dunia mula meningkat 14 orang.

Lepas pukul 10 baru kau diperiksa.Malam ni je kau kena cucuk 3 kali. Kau menjerit sampai nak keluar anak tekak. dan tak silap kami kau ada menyebut IBUUUUUUUUUUUUUU dan AYAHHHHH. haha sumpah memang itu yang kau jeritkan (dengan perkataan2 gibberish yang lainlah)

Memang kesian tengok Naufal. Tapi nak buat camne. Once kau dah tahu meraung, kau meraung sekuat hati kau.

Pukul 12 malam, para petugas di hospital masih lagi bekerja bertungkus lumus melayan pesakit yang makin ramai. memang chaos. baru nampak threat dari H1N1 ni cukup serius.It makes you more respect of their profession as doctor and nurses.

Pukul 12 lebih, baru nurse tu datang bagi result blood test. Alhamdulillah kau tak dijangkiti H1N1, tapi doktor cakap kau kena masuk Hospital sebab tak cukup air dalam badan.

Kau pun dibawa ke tingkat 8. Kemudian diambil darah sekali lagi bila sampai ke sana. dan sekali lagi kau menjerit habis-habisan. ya memang kesian tengok kau. Kami hanya boleh berada disisi dan memujuk kau. "naufal kuat, naufal kuat" kata kami. Tak smepat tangkap gambar kau kena cucuk jarum sebab tak bawak kamera.

Malam tu 2 kali ayah kena ulang alik dari rumah ke Hospital Selayang, ambil baju kau dan baju mak sekali.

kau tidur dihospital 2 malam.

Pada pagi Sabtu kau dibenarkan pulang.Alhamdulillah semuanya kembali ok. kau tidak lagi demam, tetapi kau asyik menangis je kebelakangan ini.

1 comment:

Idmalina Mohamad Ideris said...

fiiuhhh....alhamdulillah,syukur x de pape yg brlaku..kan dah kata,u are the magic boy!