Thursday, January 7, 2010

8 Januari 2010




Hari ni 8 Januari 2010.

30 disember lepas kita pulang ke Tapah. Ayah, Opah dan Naufal. Mak tinggal di Damansara sebab cuti tahunannya dah habis.
Ayah balik sebab nak menguruskan rumah tinggalan Atuk di Air Tin, Kg Gajah.

Cadangan asalnya adalah untuk Naufal tingal 2 minggu di Tapah, nak temankan Opah.
Tapi malam new Year tu, badan kau tak sihat. Lidah juga sakit. Mungkin itu sebabnya kamu tak berasa siaht dan tak larat nak habiskan susu.
Khamis tu bawak kau pergi klinik. Malangnya semua klinik di tapah tutup pada hari itu.

So Naufal terpaksa dibawa balik ke Damansara.

Mungkin bila Naufal dah sihat barulah hantar Naufal ke Tapah untuk teman Opah dikampung. So far takde masalah kerana kau dah mula minum susu tepung.

Hari ni hari ke 8 tahun 2010. Kau masih takut untuk melangkah. Sedangkan memanjat makin laju.

Subuh tadi, masa main dengan handphone mak, kau terhantuk kepala kat dinding. Kuat bunyinya. Terus kau menangis. Ini bukan kali pertama kau terhantuk dinding. Sampai terpaksa letak bantal kat dinding nak elakkan dari terkena kepala kau.

Sekarang pagi-pagi ayah akan pasang teletubbies masa mak mandi. rasanya kau makin suka kot tengok siri kanak-kanak tu.

Kata ibu kau dah ada kawan di nursery Habsah. kamu berdua biasa main guling-guling dan baring-baring sambil kadang-kadang tarik rambut masing-masing. Namanya Hazril. Dia mungkin kawan pertama kau selepas Marissa.

2 comments:

Idmalina Mohamad Ideris said...

naufal..bila auntie bc blog ni,auntie trus trfikir alangkah bestnya klau zaman kecik dlu parents auntie buat smthg like blog juga cite psal khdpan auntie jaman kecik2 nih...best bila dpt tahu keletah kita zaman2 kecik yg bila bsar kta dh x ingt apa2...

Amir_naufal said...

tulah pasal auntie...dulu takde blog skrang dah ada hehe...