Wednesday, March 3, 2010

3 Mac 2010







Salam budak kecik,

Hari ni 3 Mac 2010. Cepat masa berlalu.

Sekarang ni kau dah boleh berjalan. Dan bila kau dah boleh berjalan, semua tempat kau nak pergi. Tak boleh nak duduk diam. terutama nak ke bilik air. Ayah terpaksa block lorong tu sebab kau asyik nak pergi ke blik mandi.

Weekend lepas ibu bagi kau mandi dalam plastic tab tu. Kalau kat Tapah Opah bagi kau mandi dalam tab tu sampai kecut-kecut tangan kau. Lepas tu dia tak bagi dah.

kat Bandar Seri Damansara ni Ahad lepas ibu bagi kau mandi kat situ. Ingatkan kau tak reti-reti nak keluar, tapi alhamdulillah. kali ni kau mandi kejap dan tahu nak keluar.

Pertengahan bulan Februari dulu kau dihantar untuk tinggal di Tapah bersama Opah atau nenek. Kau tinggal 2 minggu. Kata Opah kau tak nangis pun.

Pagi kau ikut Opah beli beli nasi lemak. Lepas tu pukul 12 kau dah tidur.petang pasang channel Astro 106 dan kau akan terpaku dengar orang mengaji.

kalau kau merengek, pasang Astro tu dan dengarkan orang mengaji kau pun terus diam.

Di Tapah Opah cakap kau main aci nyorok dengan Opah. riuh rendah rumah Opah cakap.

tengah bulan 3 ni cadang nak hantar kau balik Ke Tapah lagi, kawankan Opah ok.
Lepas ambik kau dari Tapah, kita balik Penang untuk cuti Raya Cina. Disana ramai sanak saudara seperti biasa. Petang yang kedua kita pergi ke tepi pantai.


Tok Wan tak berapa sihat. penat. hari tu dia masuk hospital. dan sekarang dia dah keluar semula. harap-harap semuanya dalam keadaan sihat semuanya.
Keluarga di Penang memang happening. Bila kau balik kesana je kau mesti kena kerumun hehe.
Sebab Penang jauh kita balik setahun 3-4 kali je.
gamabr diatas adalah dijeti tak jauh dari rumah tok Wan. Cantikkan?






4 comments:

Idmalina Mohamad Ideris said...

hahhahaha..
mandi dalam plastic tab...my chilhood favourite...
so sweet la naufal duk ngan opah kan...bg suasana kampung sket...best tu naufal...

saat omar said...

Naufal bukan sahaja pandai mandi dalam tub, tetapi dia pandai mengapungkan diri dalam air ok....

hehe...

hidung naufal nanti ikut Shah RUkh Khan punya hidung ok.

Idmalina Mohamad Ideris said...

hahahhahahahah....
x sabar nak tgk naufal nnti besar..nnti bleh la keneng2 ngan anak auntie...(boley?hahhah..)

Jaja Lita said...

dah tak larat nak kejar naufal.. dah laju..