Tuesday, March 30, 2010

31 Mac 2010: Naufal Teman Opah di Tapah

Assalamualaikum,
Hari ni 31 Mac 2010.

Ketika ini Naufal masih lagi di Tapah ,duduk dengan Opah. Dah hampir 3 minggu kau tinggal dengan Opah, menemaninya.

Insyallah mungkin hujung minggu ni ayan dan ibu balik ke Tapah ambik naufal balik ke Damansara.

sekali sekala kami telefon tanya khabar. Alhamdulillah kau takde nangis dan sebagainya. Kau boleh duduk dengan sape sahaja. Asal orang tu bagi kau makan dan pandai tidurkan kau.
Setakat ini itu adalah skill kau; kau boleh get along dengan sesiapa sahaja.

Opah cakap kau makin aggresif. Suka ketuk ketuk dinding dan berjalan kehulu kehilir tak duduk diam.

Ni yang takut dengan kau. Takut kau ni panas baran. (nampaka-nampak gayanya memang ada)
Ada beberapa teknik yang kau boleh praktikkan kalau kau panas baran. nanti ayah ajar ok.
Tiada yang lebih indah pada manusia kecuali dia pandai mengawal marah. Orang yang pandai mengawal marah adalah orang yang bijak dan dihormati.

Opah juga cakap kalau kau bangun tidur, tapi takde orang kau akan menjerit.
dan juga dah pandai melawan kalau ditegur.

Hari tu kau gunting rambut untuk kali kedua. Kalau dulu kau tak menangis, kali ni kau menangis sikit.

Ada beberapa perancangan untuk kau bila besar nanti. tak tahu ianya baik atau tidak.
yang pertama nak sekolahkan kau ke Sekolah Jenis Cina. Ayah nak kau pandai berbahasa Mandrin dan ikut displin pelajar Cina. Tapi ianya bukan mudah. we gain some and we lost some.

Sekarang ni mungkin kau yang paling kecik ,semua tumpuan pada kau. Tapi nanti bila dah dapat adik, naufal dah jadfi anak nombor 2. Dah ada tanggungjawab. naufal bukan sahaja kena jaga Opah, ayah dan ibu tapi juga kena jaga adik.

Are u ready Naufal?

3 comments:

Jaja Lita said...

harap naufal jangan degil2 sgt yer...

ABADI D' CANVAS said...

Apakabar Adek Naufal...

Mungkin Naufal tak kenal aunty sue dan pakcik Nizam.Tapi takper..biar ayah ko citer esok esok yer.

Ayah nak masukkan Naufal sekolah SKJC yer...ok tuu.Tapi Naufal kena beritahu sama Ayah masuk tadika Cina pada usia Naufal 4 tahun...supaya mantap.Ayah pun kena belajar juga..sama sama cakap Mandrin..atau hokkien macam nih "Naufal,kwai kwai mai pai si lorr."

Pada Ibu dan Ayah Naufal..bijak budak nih.Jangan lupa didikan agama pun sama penting tau.Hidup nih Yin dan Yang...harus balance.Ilmu Dunia dan Akhirat kena selari.

Ok Naufal..tata

saat omar said...

ty so much Puan Suraya...

about the chinese school, we been thinking seriously bout that..might wanna hear more advice from u....

thanks for the advice.