Sunday, May 16, 2010

16 Mei 2010 :Naufal Dapat Adik Lelaki?



16 Mei 2010.

Hari ni dah hampir 2 minggu Naufal ada di Tapah dengan Opah. Setiap hari kami telefon kekampung dan bertanya khabar. Tapi setiap kali Opah sua telefon pada Naufal, Naufal akan menolak. (tapi kalau ada handphone pandai pula Naufal letakkan di telinga)

hari tu Opah cakap masa Opah tengah sidai kain, Naufal tutup pintu sampai Opah terkunci dibilik dapur. haha. Funny. Ayah tak boleh bayangkan keadaan ketika itu. Tapi tentunya kelakar.
Opah cakap Opah terjerit-jerit panggil Naufal tapi naufal buat tak tahu je. Naufal fokus tengok tv depan ruang tamu. Nasib baik ada Kak Peah (jiran) datang dan tolong Opah. kalau tak.......Sampai ke petanglah Opah akan terperangkap kat dapur tu.

naufal mungkin setahun setengah tapi dah pandai tengok tv. Kadang-kadang bila Naufal tengok tv, naufal tak peduli orang lain panggil ke apa ke. Kau fokus kat tv je tak peduli kat benda lain.
hehe


hari Jumaat minggu lepas ibu scan kandungannya.
katanya yang kali ini juga mungkin bayi lelaki, Insyallah.
ALhamdulillah. Walaupun ayah prefer baby girl, tapi tak kisah kalau second baby is another boy.

Naufal akan dapat adik lelaki tengah bulan Julai ni Insyallah.
Kami cuba mula bayangkan bagaimana keadaannya nanti Naufal dan adik lelaki.
Kata ibu, yang ini lebih aktif dalam perut.
Lebih banyak bergerak. Kata ibu yang nombor dua ini lebih banyak bergerak dalam perut berbanding Naufal masa dalam perut dulu.

Ibu dan ayah mula berkira-kira tentang nama.
Kami suka stick pada nama Amir tu.
Amir dan N something.

Ada beberapa nama pilihan;
Amir Nidal.
Ahmad Nidal.
Amar Nufail.
Adam Nufail.
Setakat ini kami stick pada Amir Nufail. Tak jauh dengan nama kau, Amir Naufal.

Entahlah. Mungkin ada perubahan nanti. Tapi ayah taknak pening-pening pikir pasal nama banyak sangat.
Biar ibu yang tentukan nama adik Naufal siapa.

till later. I hope u enjoy quality time with Opah.
Keadaan di Tapah Road lebih tenang dan relax dari bandar Damansara ini yang lebih kecoh dan sesak.

Hope you enjoy your 'vacation' so far.

7 comments:

Idmalina Mohamad Ideris said...

amir nufail...i like...
ape mksud nufail en saad?

saat omar said...

nUFAIL tu kemenangan kot...

Tapi bahaya gak nama Nufail ni...sebab ada perkataan fail kat situ haha

Jaja Lita said...

Nufail tu maksudnya pemberian @ hadiah.. hihihi... kalau english.. hahah.. No Fail.. hahah..

SHAH MOLOKO said...

Dia suke tengok TV cam ko le bro...

Amir Nurmustaqhim...

Idmalina Mohamad Ideris said...

hahahhahahha....agak la..kang x psal2 msuk FACT nnti asyik kena htr fail tebal2 je kan....

Yunne Osman said...

wey jaws, hang dpt baby laki lagi? bagus2! tahniah! best arr naufal dapat geng...

Jaja Lita said...

hahah.. nurul.. tu ah.. scan nampak boy.. hahah..