Sunday, May 23, 2010

24 Mei 2010



Dear Naufal.

SemalamAyah lepas ibu dan ayah dikejutkan dengan berita kematian, anak sulung kakak ibu. Namanya juga Amir. Amir Hamzah

.

Dia meninggal kemalangan bersama 2 lagi rakannya yang lain.Dia meninggal akibat mengelak pemandu mabuk pada waktu malam.

.


Ianya memang berita yang mengejutkan kerana baru Jumaat lepas ibu berbual dengan dia dalam telefon.Dia cakap nak tolong kita pindah barang.

.

Dia pernah datang kerumah kita untuk interview kekrja beberapa bulan lepas. Ada gambar naufal dengan dia tapi tak jumpa.

.

Ianya satu tragedi kerana ketiga-tiga yang meinggal adalah besaudara dan tinggal berdekatan. Mereka dikebumikan dibawah satu liang.

.

Alfatihah untuk arwah.

.

II

.

Balik kerja, ibu cakap Naufal dah boleh sebut LAPOR. Bukan lapar, bukan Lapaq tapi LAPOR. Ayat pertama yang lucu dari Naufal (tanda Naufal kuat makan)

.

Ibu ketawa. Ayah pun terkejut mendengar cerita ni.

.

Tapi Lapor bukanlah perkataan pertama yang keluar dari mulut Naufal. Sebelum ni ayah pernah dengar Naufal sebut Ibu, dan yang paling jelas adalah perkataan Opah. (ini ada ayah cerita dulu)

.

Opah juga cakap badan Naufal dedor(badan panas cakap orang Perak, well since u already can pronounce Lapor) . Ahad tengahari tu Opah nak hantar Naufal ke klinik tapi hari Ahad di pekan Koboi Tapah semua klinik tutup.

Ayah dan Ibu plan nak balik ke Tapah lepas kerja hari ni (Isnin 24 Mei 2010)

.

Masing-masing memang sibuk dengan kerja yang susah untuk ditinggalkan. Tapi kami terpaksa balik, kesian Opah nak jaga Naufal sorang-sorang.


Mungkin kau akan terus tinggal dengan Opah atau mungkin Opah ikut kita balik ke Damansara buat beberapa hari. Tak sure lagi.


Kami sampai Tapah pukul 9 lebih dan balik semula ke Damansara pukul 4 pagi.


Kata Opah Naufal dah dihantar keklinik dan menurut doktor lagi Naufal hanya sakit tekak.


Esoknya bila mulut Naufal masih tak elok, kami ke klinik pukul 12 malam. Diklinik mereka cadangkan kita bawa Naufal ke hospital.


Terus ayah, mak dan Opah ke hospital Selayang.


Kalau keadaan Naufal teruk mungkin kena quarantine.


Macam biasa disana Naufal kena cucuk untuk ambil darah. Dan sekali lagi Naufal menangis kuat.

Sampai dirumah pukul 5 pagi.


Dah dua malam ayah, ibu dan Opah tak cukup tidur.


harap kau lekas sembuh.


1 comment:

Jaja Lita said...

Al-Fatihah untuk arwah Amen.. moga roh dia tenang disana... aminnnnn