Tuesday, July 13, 2010

14 Julai 2010: Dari Bandar Seri Damansara ke Saujana Utama



Macam biasa Naufal akan 'terpaku' bila dengar orang Mengaji. Kami tahu...hanya ini saja caranya nak buat kau diam.

di televisyen World Cup 2010 sedang berlansung.

Dah mula pandai bergaya depan kamera(?)




14 Julai 2010.

pada 5 Julai 2010, Ayah dan Mak pulang ke Tapah ambik Naufal dan Opah ke Saujana Utama, pondok baru kita. .
Naufal dan Opah tinggal seminggu di Saujana Utama sebelum pulang semula ke Tapah pada 11 Julai 2010.

Seminggu Naufal dan Opah tinggal di rumah baru.

Sempat kita pulang ke Batu Kawan pada 10 Julai(Sabtu) . Tok Wan masuk ke hospital beberapa hari sebelumnya akibat penat. Sempat melawat Tok Wan on weekends sahaja. Seperti biasa kehadiran Naufal kesana akan disambut meriah.

Tok Wan nampak kurang sihat, tetapi setiap kali bertemu dengan naufal dia tak lupa untuk mengucup dahi Naufal. Dan kau pula seperti biasa akan menangis bila dipeluk Tok Wan.

XXXXX

Sebelum ni hampir sebulan Naufal tinggal dengan Opah. Ayah dah rindu nak dukung Naufal. Walaupun tahu kalau dukung Naufal memang tak tahan berat. (ketika ini Naufal dah 12.5 kg)

Masa kami pulang, ( Sabtu 3 Julai 2010) Naufal tengah tidur dalam buaian (endoi)
tapi bila dengar bunyi kereta depan pagar, terus kau bangun.

Dulu ,lepas lama naufal tinggal dengan Opah, bila jumpa kau malu-malu.
Sekarang tak lagi. Mungkin Naufal dah mula ingat muka ibu dan ayah kot.

Nasib baik masa pulang Naufal tak menangis nak ikut. Mungkin sebab Naufal dah biasa dengan Opah.
Biasanya masa ayah dan ibu pulang dulu, kau tengah tidur dalam buaian.

di Saujana Utama, tingkat atas terpaksa kami blok dengan kerusi sebab naufal slelau nak panjat tangga. kadang-kadang bila ayah naik keatas untuk mandi, ayah akan naik sorok-sorok supaya Naufal tak nampak.
Ada suatu hari naufak nampak ayah naik keatas kau terus menangis nak ikut.

Kami cuba buat pagar tapi pagar tu tak praktikal sikit.

Biasanya pada waktu petang, ayah akan bawa Naufal jalan2 keliling perumahan naik motor.
Kau yang dah biasa hanya menunggu ayah pulang didepan pintu dengan wajah girang.

Setakat ini Saujana Utama boleh tahanlah. tapi deep in my heart I do miss bandar Seri Damansara.
Dah dua tahun setengah tinggal disana(sebelum kau lahir lagi)
jadi rasa kekok sikit tinggal dirumah baru ni. dan jiran-jiran lain pun banyak yang belum pindah. so sunyi sikitlah. Tak happening macam bandar Seri Damansara.

Still kami rasa Naufal pasti akan suka membesar disini nanti.

Basically we all miss u every second. Kami suka naufal tinggal dengan Ayah dan ibu di Saujana Utama. tapi takde orang nak jaga Naufal disini. Opah pulak sayang nak tinggalkan rumah Tapah.
Takpelah. Setakat ni biar Opah jaga Naufal dulu.

di Tapah Naufal dah mula pandai 'bergaul' dengan jiran sebelah menyebelah.
kata Opah, Naufal akan berdiri tepi pagar besi tu dah tegur semua orang yang lalu lalang.
"Oi" kata Naufal.
Aci (Rani) dan Tata (jiran India sebelah rumah) sebelah selalu juga tegur dan usik Naufal.

Kata Opah, Naufal kalau dengar bunyi motor pasti akan bergegas depan pintu. Kata Opah lagi naufal sangka Angah yang datang. Angah dulu rajin bawak Naufal jalan-jalan naik motor. tapi sekarang Angah dan balik ke Taiping, hanya naufal dan Opah dirumah Tapah tu.

Tak lama lagi Ibu akan bersalin. Insyallah bayi lelaki.

Naufal akan ada kawan :)

3 comments:

Unknown said...

mendongak dekat si naufal tu tengok tv. heheh

Jaja Lita said...

rindu nyer kat naufal.. rindu tgk dia ngajuk org lagi.. hahaha

john bert said...

seksi gle naufal posing...