Thursday, September 30, 2010

30 Oktober 2010: Kembali ke Saujana Utama



Dear Dudude,

hari ni 1 Oktober 2010.

sudah hampir seminggu Naufal pulang ke Saujana Utama setelah 2 bulan di Batu Kawan ikut ibu yang pantang.

Ketika ini Opah pun ada bersama dirumah menolong jaga kau.

Macam biasa kau memang tak boleh duduk diam.

Kau selalu kacau adik. Mungkin cara kau nak sayang adik, tapi nampak kasar.

Setiap pagi kita akan naik kereta ibu dan keluar untuk beli nasi lemak atau roti canai diluar.
Kau memang suka naik kereta.

dan macam biasa pantang kalau nampak orang keluar rumah, mesti nak ikut.
kadang-kadang menangis sampai merah mata.

Naufal,
ajar kau. banyak benda yang ayah nak katakan disini tentang kehidupan. Banyak benda yang ayah cuba. Kerana kehidupan sendiri berlaku tanpa guidance.

Sebagai Islam, kita cuma ada Al Quran sebagai penyuluh hidup kita.Selain dari itu, keputusan dan jalan yang kita pilih dalam hidup ditentukan oleh kita sendiri.

sebagai anak, sudah tentu ayah mahukan yang terbaik untuk kau.

manusia menjalani kehidupannya dan belajar dari kesilapan.

And I try hard for not to make a big mistakes that u cant put a u turn on.

Selalu bila ayah tengok kau tersenyum pada ayah, ayah sedikit kerisauan.
Adakah kau akan tersenyum pada ayah dalam masa 20 tahun nanti?
Sampai bila kau boleh tersenyum gembira begitu?

maybe u will stop smiling at me when u know that life is not that easy. That life is not as expected.

Kehidupan kadang-kadang tak seperti yang kita inginkan.

kau mungkin tak rasa itu nanti naufal. kau masih kecil lagi.

Mungkin kau akan give up, putus asa dan macam-macam lagi.

Hidup boleh jadi tawar kadang-kadang. But no matter what, life is to cherish.
kehidupan adalah untuk diraikan setiap nafasnya.
taapi ayah tak tahu yang mana paling penting untuk ayah katakan pada kau.


banyak benda yang ayah nak katakan tentang kehidupan ini.
Ayah nak pilih satu nasihat dan kata-kata himah untuk kau.

Apakah nasihat yang boleh ayah berikan pada kau dalam bahasa yang mudah, tentang kehidupan ini?

Ayah masih memikirkan tentangnya. A simple words for u about life and the pleasure of it.

Dan inilah yang ayah boleh fikirkan.

Naufal, Dalam hidup kita tak boleh bergantung pada orang lain, kecuali diri kita sendiri.

ya naufal, ingat itu. ....dalam kehidupan kita tak boleh bergantung pada orang lain kecuali kita sendiri.

Jangan harapkan orang lain.
Everyman for himself.
Kerana akhirnya yang tinggal adalah kau sendiri. Kau dan hanya diri kau.


Naufal, You have no choice but to work hard.


Mungkin suatu hari nanti kau faham apa yang ayah katakan itu.

Ah pedulikan dulu dengan teori-teori kehidupan yang berbelit-belit ini. Kau masih lagi kecil dan enjoy the life of not being responsible.

tapi pedulikan tentang itu. ketika ini biarlah kau senyum dahulu dan enjoy being a smaall children first. :)

No comments: