Sunday, October 10, 2010

10 Oktober: Naufal ke Tapah





gambar-gambar ketika Naufal nak ikut ayah pergi kerja semasa di Saujana Utama. Kau 'teghoyak' sampai nak lebam bijik mata.
Biasa sebelum ayah pergi kerja Ayah akan bawa kau pusing2 rumah 2-3 kali.





Naufal mula tinggal dengan Opah.
hari Sabtu pagi kita balik, hari Ahad pagi ayah dan ibu dan Isfahan pulang ke Saujana Utama.

bagi mengelakkan kau dari menangis nak ikut, Angah Nazrin bawak kau naik jalan-jalan dengan motornya.



Mungkin selama sebulan kau tinggal dengan Opah.Kemudian ayah ambik naufal dan Opah tinggal bersama di saujana Utama. Kemudian balik semula ke Tapah. Pastu ke Saujana Utama balik,sampailah kamu besar dan pandai naik keretapi balik ke Tapah sendiri. Ok?

Opah duduk seorang diri di Tapah and she needs your company. Thats why we have to send u there.

XXXXXXXXXXXXX

hari Isnin ni Opah cakap Naufal demam.

Tapi kau masih lagi meloncat-loncat.

Kalau kau demam teruk kau akan mengerang dan layu yang amat sangat.

Belah tu kau ikut Onyang.
Onyang kalau demam macam tu. Mengerang.
Ayah pun sama.

Cuma Opah je yang tak pernah demam. Believe it or not. shes a superwoman.

hari Selasa 12 Oktober 2010, petang Opah telefon.
katanya demam naufal masih tak kebah. Kau taknak makan ubat.

jadi malam tu juga ayah balik ke Tapah dan bawa kau dan Opah ke Saujana Utama pada awal pagi.

Sampai sekarang kami tak tahu apa yang buatkan kau demam.

2 comments:

Jaja Lita said...

huhu.. siannye naufal.. nangis sampai nguap2.. huhu.. sedih la tingat kat naufal.. rindu kat dia.. harap2 dia tak de la demam lagi...

miss u naufal...

Yunne Osman said...

yg taak thn tu kaki sebelah siap dah kat luar gate! hahhhaha kaki je la...