Salam Naufal,
Minggu lepas Tok Wan, Abang Chak dan Abang Dolah bertandang keurmah kita sebab nak pergi ke Ampang berubat Tok Wan.
Hari ni 28 Jan 2010. Kau dah mula pandai berjalan-jatuh. dan bila kau berjalan, kau taknak berhenti. kebelakangan ni kau susah nak tidur malam.
Selalu terjaga tengah malam. Berjalan, menangis dan sebagainya.
kau juga mulai pandai pegang brush. selalu je masuk kebilik kerja ayah dan kacau ayah buat painting. Air bancuhan biasanya tertumpah kalau kau masuk kebilik walaumacamana ayah cuba sorokkan. Mungkin bila dah cukup dewasa dan dah pandai pegang berus nanti ayah akan belikan canvas untuk kau.
Melukis always fun Naufal. Ayah harap kau enjoy melukis nanti.
Dan satu lagi....kau antara budak paling murah dengan senyuman ayah pernah jumpa. Semalam waktu kita ke Tesco, kau sudah senyum dengan seorang lelaki Cina berumur. Dia datang pada kau dan bersembang. Katanya pada isterinya kau asyik senyum padanya. Ayah ajar kau ucap Chinese New Year padanya.
.
Jadi ingat tu Naufal, suatu hari nanti bila kau dah besar, bila kau susah hati, bila kau rasa nak menyerah diri, rasa putus asa....ingatlah, ketika kau kecil, kau budak paling murah senyuman pernah ayah jumpa. kau budak yang paling happy :)
Wednesday, January 27, 2010
Thursday, January 7, 2010
8 Januari 2010
Hari ni 8 Januari 2010.
30 disember lepas kita pulang ke Tapah. Ayah, Opah dan Naufal. Mak tinggal di Damansara sebab cuti tahunannya dah habis.
Ayah balik sebab nak menguruskan rumah tinggalan Atuk di Air Tin, Kg Gajah.
Cadangan asalnya adalah untuk Naufal tingal 2 minggu di Tapah, nak temankan Opah.
Tapi malam new Year tu, badan kau tak sihat. Lidah juga sakit. Mungkin itu sebabnya kamu tak berasa siaht dan tak larat nak habiskan susu.
Khamis tu bawak kau pergi klinik. Malangnya semua klinik di tapah tutup pada hari itu.
So Naufal terpaksa dibawa balik ke Damansara.
Mungkin bila Naufal dah sihat barulah hantar Naufal ke Tapah untuk teman Opah dikampung. So far takde masalah kerana kau dah mula minum susu tepung.
Hari ni hari ke 8 tahun 2010. Kau masih takut untuk melangkah. Sedangkan memanjat makin laju.
Subuh tadi, masa main dengan handphone mak, kau terhantuk kepala kat dinding. Kuat bunyinya. Terus kau menangis. Ini bukan kali pertama kau terhantuk dinding. Sampai terpaksa letak bantal kat dinding nak elakkan dari terkena kepala kau.

Sekarang pagi-pagi ayah akan pasang teletubbies masa mak mandi. rasanya kau makin suka kot tengok siri kanak-kanak tu.
Kata ibu kau dah ada kawan di nursery Habsah. kamu berdua biasa main guling-guling dan baring-baring sambil kadang-kadang tarik rambut masing-masing. Namanya Hazril. Dia mungkin kawan pertama kau selepas Marissa.
Subscribe to:
Posts (Atom)