Nampak ayam tiru dihujung jalan tu? Ni gambar beberapa minit sebelum Naufal kena patuk dengan ayam tiru tu.........
Penang Trip: 30 Jan -7 Feb 2011
Dari 30 Januari 2011 hingga 7 Februari, kita sekeluarga pulang ke Batu Kawan, Penang setelah lama tak balik kesana.
Sampai di Batu Kawan Naufal terus menangis bila melihat tok didepan pintu. Takut.
Tapi keesokan harinya Naufal dah mula menyesuaikan diri dengan sanak saudara yang lain.
Pagi Naufal akan keluar untuk melihat angsa. Hari pertama Naufal dah kena patuk dengan Ayam Tiru.
4 Februari (Jumaat) adalah kali pertama Naufal ikut ayah ke masjid. Naufal menangis sebab tangan kena kapit. masa orang lain sembahyang Naufal pun turut ikut sujud dan semuanya, walaupun ayah terpaksa bergerak kebelakang dan sembahyang jauh dari saf sebab Naufal mula menangis.
Di Batu Kawan memang padat dengan aktiviti luaran. Ini juga kali pertama Naufal mandi laut.
hari Sabtu kita sekelaurga belayar ke Pulau Aman naik bot.
Malamnya pula ke Auto City walaupun naufal mengantuk dan letih.
yang paling letih adalah nak kepung Naufal bila diluar. Naufal mmg laju bila berlari, semput jugak kami semua nak kejar.
Kita sampai ke Tapah hari Isnin 7 Februari 2011.
2 comments:
bulan 3 ni balik sana lagi.. huhu. harap boleh bawak naufal sekali..
gambar tak cun ah. Blog org putih gambar lagi clear. Camera apa ek diaorang pakai? mesti yg mahal...
Post a Comment