Tuesday, March 15, 2011

16 Mac 2011: Pulang ke Tapah/Penang & Eksiden Kereta




Salam Naufal. hari ni 16 Mac 2011.

pagi ni Naufal, Opah, Fahan, Ibu, Kak Ida pulang ke Penang. Kenduri Daus.

pagi-pagi Naufal badan tak berapa sedap. Ada macam nak muntah sikit.

Semalam demam. Macamana naufal boleh demam entah sedangkan kau jarang keluar dari rumah.

Hobi baru Naufal sekrang tengok Teletubbies. Ayah beli 4 VCD teletubbies. teletubbies adalah sitcom kanak-kanak yang popular awal 2000 dulu, sekrang dah takde dah.

Teletubbies fun sebab takde follow-storyline concept. ianya hanya 4 anak Teletubbies menari-nari dpiadang rumput yang cantik. kau suka.

Kadang-kadang kau tarik tangan ayah suruh pasang VCD tu.

hari tu kita beli DVD bacaan Surah kat Econ Save. Tapi tak boleh pasang.
Selain dari itu kau juga suka VCD Pidato Kanak-kanak Indonesia.
harap VCD tu boleh tahan lama. Mungkin suatu hari nanti bila kau dah besar kau nak tengok balik VCD tu.

Pukul 10, ibu call ayah. Katanya kereta terlibat dalam kemalangan masa nak keluar tol Tapah. langgar lori minyak. nasib baik takde kemalangan jiwa, cuma depan kereta je teruk.

Harap kau tak apa-apa.

Untuk maklumat lanjut sila tanya ibu. Dia yang memandu.

2 comments:

Anonymous said...

Itu DVD Teletubies yang ajar melompat, duduk dan berjalan itu kah?

Saya juga ada DVD itu di rumah. Memang mengah jadinya kalau menonton DVD itu bersama budak-budak kerana mereka mahu kita turut serta menari dan melompat.

saat omar said...

yup Anon....tapi budak2 kecik sekarang tak kenal Teletubbies lagi.

generasi yang membesar dengan Teletubbies sekarang disekoleh rendah. kata penjual patung kanak-kanak dipasar malam lol