Thursday, April 28, 2011

29 April 2011

Mainan kucing bergerak yang Opah baru beli.

Di tanah perkuburan Datok


dear bUDAK,

hari ni 29 April 2011. Naufal dan Opah ada di Saujana Utama.

Minggu lepas naufal muntah. Makan muntah, minum muntah.
terbaring sepanjang masa.Tak bermaya lansung. Biasanya macam tulah kalau naufal sakit, demam.jadi longlai sepenuhnya.

Tapi sekarang Naufal dah sihat , alhamdulillah, kau mula aktif macam biasa. Mula melompat-lompat. Pukul orang dan sebagainya.

naufal panas baran macam biasa. Itu tak dapat dielakkan. Tapi kena control. nanti diri sendiri yang merana. Ayah bergurau dengan Opah cakap "Macamana Naufal tak panas baran, ayahnya panas baran. ibunya panas baran. Toknya panas baran dan datuknya pun panas baran" maka macam tulah jadinya.

Walaupun kau panas baran tapi kau juga mudah ketawa dan ceria dalam masa yang sama.

Setakat ni Naufal masih tak boleh cakap sepenuhnya. Boleh mengira dari satu hingga sepuluh. Boleh mengajuk cakap orang. Tapi tak boleh cakap. Kalau nak suruh pasang DVD kau akan tarik tangan ayah kedepan tv.

Semalam ayah tengok Naufal dah mula pandai pasang DVD.

Naufal dah mula layan DVD kartun. Ayah pasang Finding Nemo, Hercules,Simpson The Movie.

Hujung minggu ni cadang nak mandi manda di Wet World Shah Alam

9 Mei 2011
tak dapat ke Wet World sebab malamnya Naufal demam.

Pada 7 Mei 2011 kita balik ke Tapah.

Kali ni masa nak balik semula ke Shah Alam, kami bergerak masa Naufal tak tidur. Memang Naufal tarik tangan Opah masa ayah dan ibu masuk dalam kereta. Tapi naufal tak menangis lama.

Ibu kata Kami balik Shah Alam. Naufal tinggal dengan Opah ya, naufal mengangguk.

Naufal selalu kacau adik. Sampai ayah tinggalkan Naufal dalam bilik seorang diri. Sampai ibu cubit Naufal.

3 comments:

Jaja Lita said...

cantik gambar naufal ngn opah tgh ngaji...

saat omar said...

yup,entah camne boleh dpt effect camtu

Jaja Lita said...

leh set kat canera.. heheh