Monday, June 4, 2012

1 Jun: Cuti Sekolah di Batu Kawan


Dalam kereta, on the way ke Batu Kawan.
Seluar Hawaii Afdhal yang Naufal pinjam, sebab semua seluar lain dah 'basah'.



Salam Naufal,

1 Jun ayah dan ibu pulang ke Tapah untuk bercuti ke batu Kawan Penang pada hujung minggu. Cuti sekolah berlansung 2 minggu jadi kami ambik kesempatan ini untuk pulang kemapung. Singgah di Tapah pada malam Jumaat dan bertolak ke Batu Kawan pada pagi Sabtu.

Bila sampai Tapah kami terkejut tengok betapa tembamnya Naufal. Pipi tembam dan perut pun makin besar.

Naufal dah tak pakai pampers. Opah cakap supaya Naufal tak kencing pada waktu siang dia beri kau minum susu kurang pada waktu siang. setiap 2 jam Opah akan bawa Naufal ke tandas untuk buang air kecil. Setakat ini naufal belum lagi kencing dalam seluar. Kecuali semasa di Batu Kawan. Sampaikan seluar habis dan Naufal terpaksa pinjam seluar Afdhal.

Mula pandai menyebut "Ibu" dan "Ayah". Selain dari itu ada beberapa perkataan pelik seperti "Tak guna!"(bila marah) dan apa lagi entah. Mungkin pengaruh dari Detectif Conan. Bila Naufal menjerit dengan perkataan itu kami semua ketawa.

Di batu Kawan, Naufal melaungkan dengan kuat Azan setiap kali maghrib. Senja Sabtu dan Senja Ahad, mengikut rancangan TV 106 Astro.

Cuti kali ni kita tak berjalan ke mana pun, ayah badan tak sedap, rasa macam nak demam. Malam minggu sahaja buat barbeque dengan semua keluarga Tok Hassan. Diaorang semua tidur pukul 4 pagi.

Ayah beli beberapa CD pendidikan dan buku untuk Naufal. tapi Naufal lebih suka menonton CD dari menjenguk buku.


Selain dari itu ada beberapa kes lain seperti tikus di Tapah semakin ganas. Ibu masa tidur kakinya kena gigit tikus. Mungkin sebab tikus tu tak biasa dengan ibu kot, sebab Naufal dan Opah tak pernah kena gigit tikus, walaupun tikus tu selalu naik kedapur dan makan makanan dalam tudung saji. :)

No comments: