Monday, July 29, 2013

Akhir Julai 2013: Ramadhan

Tesco Kampar



Di pasar Ramadhan Saujana Utama





21 Julai 2012 Naufal dan Opah ikut balik ke Saujana Utama lepas setahun tak datang kesini.Setakat ni kita dah 11 hari di bulan Ramadhan.

Banyak baju dan seluar Naufal dah tak muat.Hari Sabtu kita ke Tesco pi Shopping.

Masih memanggil ayah dengan 'dad' dan ibu sebagai 'mom'. Bila cakap English, Naufal ada slang English sikit-sikit. Sudah boleh membaca beberapa perkataan pendek.

Every night is a different adventure with u and Fahan. Sekarang korang berdua suka lepak tingkat atas. Banyak mesin hampir rosak dikerjakan naufal dan Isfahan. DVD player terpaksa dinaikkan ke almari atas supaya budak berdua ni tak usik. Kadang-kadang ayah tutup pintu.

Kalau mengamuk, memang annoying. Semuanya Naufal nak humban kebawah. Akhirnya....selalu kena pukul dengan ibu, atau 'mom'. Panas baran Naufal memang tak boleh nak dikawal. Susah nanti bila besar kalau tak boleh control, kawan akan lari.

28 Julai Opah belikan Naufal Tab, setelah kesihan tengok kau asyik berebut tab budak-budak lain di Tapah. Ianya pelaburan yang amat berisiko oleh Opah dan kami kerana Naufal terkenal dengan panas barannya. Takut-takut Naufal akan hempaskan tab tu kalau/bila marah. Tapi Opah nak beli juga..... hari Isnin ibu sms Naufal dah mula berebut Tab dengan Fahan.

Kalau dulu Naufal tak akan balas balik kalau Fahan pukul, kali ini Naufal dah mula pandai berlawan. Dan Fahan hanya mampu melawan balik dengan.....menggigit.

29 Julai 2013
Malam kita pergi ke Giant Seksyen 13 sebab nak beli baju raya Naufal dan Fahan. Tapi malangnya di Giant tak banyak baju budak yang cantik. jadi akhirnya kami beli barang-barang rumah je. Biasanya kalau bawa Naufal dan Fahan ke supermarket, kami cuma boleh bertahan dalam 30 minit sahaja, kemudian semua fikir nak rush balik rumah sebab kedua budak ni so out of control. Di Giant, Naufal selamba ambik air dari peti sejuk supermarket tu, buka dan terus minum. Lepas habis Naufal campak kat bawah. Memang anarchist habis . Walapun kami dah jangkakan perkara-perkara macam ni akan berlaku tapi kami tak pernah give up untuk bawa Naufal dan Fahan ke supermarket -walaupun hanya untuk 30 minit.

No comments: