Sunday, March 23, 2014

23 Mac 2013: Menulis Buku

Ada kenduri di Kg Bahagia, rumah Kak Yong Cho, dibelakang masjid- kami balik pada hujung weekend. Sampai Tapah pagi Sabtu.

Naufal dah mula sibuk menulis. Berlatih menulis huruf ABC dengan buku diari lama. Tak dipaksa pun tapi Naufal sengaja suka menulis kata Opah. Mungkin belajar dari tadika.

Malama minggu berebut remote dengan ayahnya. Ayah nak tengok Liverpool lawan Cardiff,dia nak tengok cerita horror Tamil. Ayah main jahat, tutup suis TV sampai semua tak boleh tengok. Masa tu Liverpool tengah ketinggalan 2-1...akhirnya Naufal tertidur atas sofa. Sebelum tu masa Naufal makan Super Ring, dia bagi sikit kat ayahnya. Pujuk ke saja nak ambik hati entah.

Selain dari itu beberapa perkataan mudah Naufal dah boleh baca. Naufal boleh baca nama 2 pengantin dari banner depan rumah.

Oh ya, confirm Naufal kidal!

Some info on national news: kehilangan pesat mas MH370. AKhirnya pada Malam Isnin, Perdana Menteri Najib Tun Razak announce yang pesawat itu kali terakhir dikesan di Lautan Hindi dan dipercayai telah terhempas. Tiada yang terselamat.



No comments: