Sunday, December 14, 2014

Naufal kembali ke Saujana Utama: 7 Disember 2014



6 Disember kami balik ke Taiping untuk kenduri bertunang Azie. naufal dan Opah sudahpun ada disana selama seminggu. Rancangannya untuk terus bawa naufal balik ke Saujana Utama dan terus bersekolah disana. Tapi Opah tak dapat ikut kerana ada appoinment dengan doktor tentang sakit kakinya yang makin melarat.

jadi mmang takde plan untuk siapa jaga Naufal sewaktu ayah dan ibu bekerja. Hari Isnin,8 Disember naufal ikut ayah pergi kerja. Kita ke DATC UiTM shah Alam-naik motorsikal. Risiko perjalanan kerana sebelum ini Naufal pernah tertidur atas motor masa membonceng dibelakang.

Di DATC naufal ikut kemana ayah pergi sampailah kepetang dan malam. Sampai dia bosan. Cadangnya nak tengok teater. Tapi pertengahan cerita kita pulang sebab teaternya teater hantu. Scary dan tak sesuai untuk budak 6 tahun seperti naufal.Kita balik naik motor. Setiap kali tangan Naufal terlepas dari memelauk ayah, ayah akan tarik kembali supaya naufal tak tertidur dalam perjalanan.

Sampai rumah, ibu dan Opah telefon marahkan ayah sebab bawak Naufakl pergi Shah Alam naik motor.

Esoknya ibu bawa naufal pergi ke Port Dickson. ibu outstation dan Naufal ikut sekali-spend sepanjang hari dalam swimming pool.

M inggu pertama naufal dirumah memang kecoh. Ibu hari-hari menjerit dan marah-marah. Tapi sebenarnya Naufal makin kurang ligat berbanding 2-3 tahun lalu.Ayah risau sedikit dengan kebolehan dan kesesuaian kau dengan orang sekeliling bila sekolah dah bermula nanti.harap semuanya ok.

No comments: