Tuesday, May 12, 2009

Rutin harian : 13 Mei 2009

Ketika ini, 13 Mei 2009, Naufal masih lagi berumur 5 bulan. baru pandai menerap, masih belum merangkak. tapi dua 3 hari kebelakangan ni dah pandai angkat ponggong nak bergerak.

Inilah yang berlaku setiap hari kerja sepanjang hari dari Isnin hingga ke Jumaat.

;Naufal akan bangun awal pagi. lebih awal dari mak, ayah dan mungkin juga Opah.kadang-kadang seawal pukul 4 pagi. kerana bila ayah buka mata, naufal sudahpun 'mengelejat' tak diam sambil menyeringai lebar. Lepas tu ayah akan sumbat susu kemulut Naufal (kalau susu masih ada) dan bila ayah mula hilang mamai, ayah akan dukung Naufal ataupun menggelikan tengkuk Naufal sampai Naufal terkekek-kekek ketawa. Dan bila Naufal mula bosan sebab ayah buat trick yang sama, maka tibalah masa untuk naufal dibawa kedepan untuk trick yang berbeza pula.

Kemudian Naufal akan dibawa keruang tamu untuk menyertai Opah yang sudahpun sedia menunggu didepan TV.disitu naufal akan diguling, didukung, dan macam-macam lagi dan bila dia mula mengantuk, dia akan ditempatkan didalam buaian atau endui kata mereka.

Ayah dan mak akan pergi kerja mulai pukul 8 pagi dan akan pulang paling awal pukul 6 petang.
Itu rutin setiap hari sepanjang hari kerja.
Its part of modern life, suami dan isteri kena kerja nak cari duit cari rezeki. tapi kita bernasib baik kerana Opah masih lagi kuat dan penuh kederat untuk jaga Naufal, kerana kebanyakan orang lain terpaksa hantar anak mereka ke nursery dan macam-macam lagi. Naufal bertuah sebab Opah sendiri yang jaga. Always remember that.

kadang-kadang pada waktu pagi Opah akan bawa Naufal bersiar-siar dihadapan rumah. Kadang-kadang pada waktu petang. Dulu ayah rajin juga bawa Naufal keluar tapi sekarang tak lagi. Penat.

Dan sebab itu sejak dari Naufal lahir sehingga sekarang, Naufal luangkan masa lebih dengan Opah dari dengan orang lain termasuklah mak dan ayah. Dia melihat perkembangan Naufal lebih dekat dari kami lihat perkembangan kamu. Always remember that.

7 comments:

Jaja Lita said...

naufal bangun pagi jangan le tendang2 ibu.. tendang bola tak pe.. nanti leh jadi pemain bola sepak.. ok?? heheh

LavENDer Wind said...

aku kagun dgn anda, menulis surat utk anak kecil itu, bila dia sudah dewasa nanti dia akan menghayati bait2 cerita perjalanan dirinya...jadi dia tindak ketinggalan cerita 18thn hidupnya


**salam singgah

DERIA said...

salam, melawat Naufal. Terpelihara hendaknya.syukur.

saat omar said...

ty Lavender, Deria...selamat hari guru :D

Idmalina Mohamad Ideris said...

bg id,blog ini adalah sebuah hadiah daripada seorang ayah...teringat kembali filem kuch kuch hota hei yang watak Tina (rani mukheerjee) yang mnulis surat selama 8 thun kpd anaknya...
how nice to be a great parents...

saat omar said...

yesszha Idmalina...pandai kau kaki Hindustan, memang ada unsur2 KKHT pun haha...

Idmalina Mohamad Ideris said...

hahahha....yes...yes...betul,diri ini mmg kaki nengok cite hindustan.