Thursday, July 30, 2009

31 Julai 2009

Hari ni 31 Julai 2009.

Sudah hampir 2 minggu Naufal dijaga di nursery. walaupun pada mula2 dulu ianya bukanlah sesuatu yang mudah (sebab katanya Naufal asyik menangis aje) tapi sekarang, kata Habsah (orang yang jaga Nuafal) kau mula pandai bermain dengan budak-budak yang lain. Semuanya sebaya kau. alhamdulillah, semuanya ok setakat ini.

Ketika ini dunia dikejutkan dengan ancaman virus H1N1.Virus demam yang boleh membawa maut. Takde vaksin setakat ini. Banyak sekolah, institut pengajian telah diquarantine akibatnya. Tapi aktiviti sosial manusia masih berjalan seperti biasa. Ianya boleh jadi semakin teruk. Wallahualam. Harap semuanya boleh berada dalam keadaan baik.

Minggu lepas pengarah filem terkenal, Yasmin Ahmad meninggal dunia ketika berumur 51 tahun. Another sad day for Malaysian art scene. Mungkin bila kau dah besar sikit nanti kita akan tengok filem beliau sama-sama ok.

Esok kita sekeluarga, which means u, me and Ibu akan balik ke Tapah, dan menghadiri perkhawinan kawan ayah di Kampung Bahagia (rumah lama Ayah) di teluk Intang, Perak. Its gonna be fun berjumpa kawan-kawna lama dan memperkenalkan kau pada mereka semua. Insyallah. I'll post the picture later.

1 comment:

Idmalina Mohamad Ideris said...

banyak perkara berlaku semenjak,dua menjak ni naufal...
sy hrap nnti naufal besar,smua prkra2 x baik yg brlaku pd dunia skrg x berlaku nnti naufal dh besar...amin.