Friday, July 10, 2009

Kegetaran Pop

Dear Naufal,

hari ni 9 Julai 2009.

Banyak yang berlaku setelah post yang terakhir.

Michael Jackson, king of pop telah meninggal dunia. Shock of a nation.
U going to miss some of great people when they alive. Kau anak abad ke 21, kau nanti hanya akan membaca kehebatan manusia2 abad ke 20 hanya melalui buku dan menonton TV atau youtube. (sama juga seperti ayah membaca kehebatan lelaki2 pada awal abad ke 20 )
tapi tak mengapa, generasi-generasi kau pastinya akan melahirkan hero-hero pujaan kau sendiri, seniman, artist, pelukis, penyayi, pelakon, pelawak zaman kau sendiri. kau akan mengalami kegetaran pop seperti yang kita alami ketika ini , insyallah.

Itu tentang yang berlaku disekitar.
tentang kau pula, tak banyak perkembangan tentang diri kau sejak kalai terakhir post.
Kau masih lagi merangkak. merangkak laju.

Lately kau susah nak tidur.
kau suka berjaga dan bermain.
kalau dimasukkan dalam buaian pun kau akan meronta-ronta nak keluar.
kadang2 sampai lewat pagi tak boleh nak tidur, dan mak dan ayah akan bangun sambil mamai untuk menghayunkan buaian kau sampailah kau tertidur semula.

Pada pagi hari peringatan Michael Jackson itu, iaitu pada pukul 1 hingga ke 3 pagi, kau bangun dari tidur dan ayah sempat mendodoikan kau tidur sambil menonton tv melihat kawan2 penyanyi MJ memberikan ucapan terahir mereka. Kita tengok majlis itu bersama-sama.

Ya kau boleh tergolong antara bayi aggresif. Dan sebab kau aggresif, banyak juga berlaku kemalangan kecil. kaki terpeleot jatuh kebelakang. Tersembam bawah lantai bila kau keluar secara tiba-tiba dari buaian (endoi) ....dan yang paling chaos adalah bila kau nyaris-nyaris dihempap dengan seterika bila kau jatuhkan papan seterika itu. dan macam-macam lagi.
Tapi seperti biasa tangisan kau tak lama. kau memang budak kuat.

Kau memang perlukan perhatian 24 jam. Mungkin satu hari nanti kau sudah mampu untuk melakukan semuanya tanpa dikawal, tapi buat masa ini biarlah kami pantau setiap gerak geri kau.

3 comments:

Idmalina Mohamad Ideris said...

glup!hampir nak kena iron?...hati2 naufal...heheh...

naufal,nnti pujuk ayah suh bw naufal kat tmpat keja dia tau...

saat omar said...

hari Rabu boleh bawak Naufal ke opis..tapi tatau Rabu bila.

Rabu minggu ni pun boleh kot.

Idmalina Mohamad Ideris said...

gegegge.....hahahha...
yeay!