Thursday, September 17, 2009

Raya Aidilfitri Yang Pertama







Hari ni Jumaat 18 September 2009.

Insyallah pada hari Ahad nanti kita akan menyambut hari raya setelah sebulan berpuasa.

Ini raya naufal yang pertama. Ada beli baju 2 pasang. Songkok nak beli tapi kepala naufal kecik lagi, so mak beli kopiah putih je.
Biasa raya pertama kita akan balik ke Tapah Road dan raya kedua baru balik ke Penang.

Lately ayah kena jangkitan kuman kat mata. Mata merah. Terjangkit dengan Naufal sikit. Tapi naufal semakin pulih alhamdulillah.

hari pertama kita beraya di Tapah.Pagi pergi ke rumah bapa Saudara, Angah Dahari di Permatang Pelanduk. Malam kawan ayah yang baru kawin datang kerumah. berbual sambil tengok bola Man U vs Man City. great game. man U menang gol last minit dari Michael Owen.

hari kedua baru balik ke batu Kawan, Penang.

duit raya naufal yang orang bagi adalah dalam RM130 lebih.

hari Sabtu petang bergerak ke bandar Seri Damansara. Beberapa jam selepas sampai, dapat panggilan dari Jam, sepupu mengatakan Angah Dahari telah pulang kerahmatullah.

pagi Ahad tu kita balik semula ke Permatang Pelanduk.

2 comments:

Jaja Lita said...

hep hep.. lidah tu.. !!

oi said...

Hello Naufal...