Monday, December 28, 2009

Trip ke Melaka: 26-27 Disember 2009


















Pada 26-27 Disember kita sekeluarga pergi ke Melaka. Naufal, mak, ayah, Yani dan Azie.NI first family trip.Tidur hotel satu malam.

Masa ini cuti sekolah. Seperti yang tak dijangkakan, Melaka jem dan sesak dengan kenderaan dari keluar tol sampai ke Bandar Hilir. Ayah sampai rasa nak balik ke Damansara je balik. Lenguh kaki nak tekan pedal minyak.

Tapi nasib baik juga kita dapat hotel murah

Sampai je ke Melaka kita terus berjalan. Ada Menara Taming Sari. Tapi ramai sangat orang beratur. Kita pun terus ke Muzium. Ada banyak beca kat itu. naufal, Opah dan Yani naik beca.

Terkejut juga tengok Melaka dah makin meriah. Macam-macam ada.

Sempatlah shopping sikit.Beli tikar mengkuang.

Malam semua kepenatan.takde aktiviti. Pukul 9 semua dah tidur.

Pagi kita check out. terus breakfast dan pergi ke Eye on Malaysia. Sampai kat sana pukul 8. Guard tu cakap tempat tu bukak pukul 10. Patutlah kereta kita paling awal sampai kat parking lot tu. Kami pun ketawa.


Kemudian terus pusing-pusing Melaka kejap. pi Jonker Streets. My favorite kind of place.

Pukul 9 lebih kita kembali ke Eye On Malaysia. harganya tak mahal, RM10 seorang lepas diskaun.

Kita pun naik. Ayah sebenarnya gayat orangnya. naik rollcer coaster rasa nak terjun je kebawah. tapi kuatkan hati juga nak naik Eye On Malaysia ni, sebab kalau kat naik ni, rasa macam tak sempurna pula trip ke Melaka ni.

Naufal sejak awal dah pukul2 cermin tu sampai semua pun jadi takut. Yang kelakarnya dalam ramai-ramai tu smeua steady je, kecuali ayah je yang paling takut sampai tutup mata sepanjang benda tu berpusing.
Lepas tu pusing-pusing Melaka kejap dan terus balik.Sampai salah masuk jalan.

Singgah ke Pasar Borong Nilai 3. memang banyak gerai disini. Sehinggakan semua cadang nak pergi Nilai dan shopping lagi dilain kali.Ayah belikan Naufal baju Liverpool, Opah belikan Naufal baju Manchester United. Camne tu?

Masa makan kat Nilai, yanie suap Naufal nasi lauk ayam yang pedas. pastu Naufal menangis. Yani mula cuak hehe.

Kita sampai kat Damansara pukul 5.30 petang.

Melaka memang sesuai untuk famili trip. Banyak benda boleh buat. Cuma jangan pergi masa sekolah cuti je, sesak sangat. Next trip Opah cadang nak pergi ke Penang.


















3 comments:

Idmalina Mohamad Ideris said...

waaah...bestnya naufal ngan family jln2....best..best...

saat omar said...

Begitulah kisahnya idmalina oi...

DERIA said...

salam nauf, uncle cbuk brbulan2..lega kembali dpt tahu naufal sihat slalu, sykur.=)