Sunday, October 3, 2010

Hampir Hilang di Amcorp Mall & Menonton Sirih Bertepuk Pinang Menari

The rootbeer is good but too much sugar. Once a month well why not?
Di A&W PJ lepas makan, taknak turun dari kereta.

Masa ni ayah tengah standby kat tepi;kalau Naufal buat bising je dan menggangu show ayah terus angkat Naufal keluar. kau bertahan selama 10 minit dan terpaku tengok show.

naufal duduk diatas riba Opah dalam auditorium DBP.

Antara babak-babak awal dalam Sirih Bertepuk Pinang Menari.

Ahad lepas, 3 Oktober 2010 Naufal, ibu, Opah dan fahan pi tengok teater Sirih Bertepuk Pinang Menari di Auditorium DBP, KL.

Sebelum tu kita ke Amcorp Mall PJ dahulu macam biasa.

Kami tahu ianya satu risiko untuk bawak kau berjalan sebab kau tak boleh duduk diam. Laju berlari dan macam lipas kudung.

Ayah pernah kerjar kau. Dan memang ayah tak larat nak halang kau bila kau berlari. Hampir-hampir ayah dapat heart attack. tapi takpe, kita cuba juga sebab kamai tahu kau suka berjalan dan suka tengok benda. Biar ayah penat kejar kau tapi kau dapat berjalan-jalan dihari minggu ini.

Lepas beli barang bayi kita gerak ketingkat atas. Ibu, Opah dan fahan ada dibawah buat kerja masing-masing;shopping ala-ala perempuan. Malas nak kacau. Kita lelaki buat hal lelaki.


Bila kita di Book Xcess di tingkat atas . Ayah pun macam biasa membelek-belek majalah. Ketika itu kau ligat keksana kemari. tapi bila ayah leka sekejap melihat majalah kau pun terus hilang.
Dalam sekelip mata.


Ayah berpusing sekeliling kedai buku tu tapi jumpa kau. Habis satu kedai buku tu ayah pergi. Tak nampak pun kelibat Naufal.

Dalam hati ayah dah mula fikir yang bukan-bukan. Tapi ayah tak give up. Kau mungkin berada dimana-mana sudut dikedai buku ini. Atau mungkin kau dah keluar dari kedai buku?

Ayah kehulu kehilir cari naufal. Tapi masih tak jumpa. Patutkah ayah telefon ibu? Sudah tentu ianya akan membuatkan mereka risau kalau ayah bagitahu yang Naufal telah hilang.

Setelah puas berulang kali disetiap sudut, tapi kau masih tak ada. Ayah pun keluar dari kedai buku itu. Kau boleh jadi dimana-mana. Ayah mula risau. orang ramai.

Akhirnya ayah nampak sesusuk tubuh kecil dengan baju belang merah berjalan seorang diri melenggang tak jauh dari kedai McDonald didepan kedai buku tu. Alhamdulillah, itu yang terlintas difikrian ayah bila nampaak kau. Lega rasanya.

Mungkin bawa kau berjalan di shopping kompleks yang besar bukanlah satu idea yang baik.

lepas tu kita ke A&W. Pukul 2.30 kita gerak ke Auditorium DBP di KL untuk menonton teater dari pelajar TEKA, Sirih Bertepuk Pinang Menari.

pada mulanya ianya bukanlah idea yang baik juga untuk bawa budak yang belum berumur 2 tahun menonton teater. nanti kau buat bising. tapi ...ini risiko yang ayah cuba tanggung.

Naufal duduk disisi Opah semasa persembahan berlansung. Buat beberapa ketika kau memang tak berganjak lansung.

Hanya 10 minit kemudian baru kau mula merengek. Ayah terus dakap kau dan bawak kau jauh dari tempat duduk tu sebelum kau terus buat bising.

Thats is your first theatre experience. It last 10 minutes. not bad for budak lasak at your age.

Kita pulang sebelum pukul 5 dan sampai rumah pada pukul 6 petang.

Minggu depan Naufal akan ikut Opah tinggal di Tapah.

1 comment:

Jaja Lita said...

nanti rindu la kat naufal.. huhu