Sunday, July 3, 2011

Julai 2011




3 Julai Naufal dan Opah ikut kami balik ke Saujana Utama.

Sampai rumah pukul 8.30. Dan sehingga ke pukul 5 Naufal masih tak tidur.

3 kali naik buai tapi masih tak boleh tidur.
2 kali bancuh susu masih tak boleh tidur.
3 kali tv pasang dan tutup kau masih belum boleh tidur.
Sampai tukar lampin pun naufal tak tidur.
Lepas berak pun Naufal masih tak tidur.
kau kejutkan kami semua.
Nak dekat pukul 5, lepas buai dalam buaian barulah Naufal tidor.

itupun kau tidur sekejap je. Bila Ibu keluar nak pergi kerja Naufal dah bangun balik.

Masa ayah pi beli nasi lemak kau ikut sekali.

Naufal masih belum boleh bercakap. Kalau nak apa-apa kau akan tunjuk, ataupun tarik jari orang.

Pada hari Ahad di Tapah kita menonton Finding Nemo bersama-sama. Ini rutin yang kita akan selalu buat sama-sama insyallah.


Spirit dan will kau kuat. Ayah harap ianya boleh kau gunakan untuk tujuan-tujuan yang baik bila besar nanti.

1 comment:

Jaja Lita said...

aminnn.. ibu doakan naufal cepat becakap.. leh sembang2 ngn adik ngn ibu ngn ayah ngn opah.. hihi..