Tuesday, July 26, 2011

25 Julai 2011




23 Julai 2011 kita pulang semula ke Tapah Road setelah 3 minggu Naufal dan Opah bersama ibu dan Isfahan di Saujana Utama. Opah menemami kita semua sebab ayah pergi ke bengkel menulis di Jakarta Indonesia selama seminggu.

Naufal masih belum boleh bercakap. Kalau nak menyuruh pasang DVD Naufal akan pegang jari dan tangan serta menarik kearah tv.

Naufal dah mula jarang-jarang menonton Astro 106, sebaliknya Naufal mulai suka menonton DVD, terutama DVD pendidikan. Kalau dulu Naufal pantang dengar surah-surah di TV tapi sekarang Naufal mulai bosan.

Namum begitu sesetengah bahagian kau sudah menghafal dengan baik. Ada masa-masanya kau dan Ayah akan berlagu sambil menjerit.

naufal makin obses dengan DVD. Kadang-kadang sampai pukul 1 mlam naufal akan suruh ayah tukar-tukar DVD. Ayah ada belikan DVD Bambi, filem Disney tentang rusa dan keluarganya. Tapi setakat ini gagal menarik minat Naufal; kau lebih suka dengan educational video.Terutama yang ada huruf ABCDE.....

kadang-kadang pada waktu petang kita ke taman permainan tak jauh dari rumah. Masa mula2 main, bibir Naufal pecah sebab naik jongkang jongket binatang.Jatuh ke apa entah, ayah pun tak tahu. Tapi dah pecah tu pun Naufal taknak balik.

Hari-hari terakhir sebelum pulang Naufal masuk rumah jiran depan, sampai Opah heboh Naufal dah hilang. pada peringkat ini kau memang mudah berkawan. Kalau nampak budak lelaki atau perempuan kau akan ikut diaorang.


23 Julai kita balik ke Tapah. Ketika ini Naufal mulai demam.
masa 24 Julai, bila nak pulang, Auntie sebelah rumah, rani dukung Naufal masuk kerumahnya dan tengok ikan. Kalau tak tentu sahaja kau menangis meraung.

Ianya bukanlah sesuatu yang mudah tiap kali kami tinggalkan naufal dengan Opah. tapi selain menemani Opah dikampung sebenarnya naufal berada ditangan yang baik. Kami memang tak larat nak jaga kau yang hyperactive disini.

jadi buat sementara waktu Naufal jaga Opah di kampung, (instead of Opah jaga Naufal kan?). makan pun sedap2 disana. Makan terjaga, pakaian terjaga dan disana kau boleh tengok DVD 24 jam.

No comments: