Monday, September 5, 2011

Hari Raya 2011: 30 Ogos - 4 September 2011







Bila Ayah main FB dan Angry Bord, Ibu entah kemana, naufal dengan tak berkasut pergi kedepan rumah dan main lopak air seorang diri.


Salam naufal

pada 27 Ogos 2011, kami pulang ke Tapah untuk menyambut hari raya Aidilfitri.
Kami sampai Tapah pukul 1 tengahari. masa sampai didepan pintu pagar naufal tengah tengok DVD.

Beberapa DVD dah mula bercalar. Kalau dipasang kau akan mengamuk kalau DVD hang.Jiran India sebelah rumah Rani pun dah faham perangai Naufal.Katanya CD calar sebab Naufal gosok kat lantai.

Naufal masih macam biasa;masih belum boleh bercakap. tapi makin kuat mengajuk cakap orang.
panas baran dah kurang sikit tapi kalau tak puas hati Naufal akan mengamuk sampai terlentang atas lantai.

Antara sebutan yang biasa kau sebut adalah 'syusyu' yang bermaksud Susu.

Naufal dah mula pandai tidur tak pakai endoi. Tiba lewat malam Opah akan bagi bantal dan selimut untuk Naufal tidur ditengah ruang tamu. Malam pertama Naufal berebut tempat dengan adik.

Keesokan harinya, Ahad kita satu keluarga pergi ke Tesco Kampar membeli belah pada hari-hari terakhir sebelum Syawal menjelma.Sepanjang shopping Naufal dan Isfahan diletakkan dalam trolley sebab kalau dibiarkan keluar entah kemana kau berlari.Dan biasanya kalau keluar shopping dengan Naufal memang tak boleh lama, kau akan cepat rasa bosan dan nak keluar dari trolley.Bila itu berlaku ayah akan kepenatan mengejar kau keliling supermarket itu.

Baju raya Naufal warna Ungu. Yong yang tolong buat.Selain dari itu baju raya naufal ada 4 helai. Cuma seluar je tak de size, jadi naufal tahun ni takde seluar raya.

SUSU DALAM DEKODAR ASTRO

Astro rosak.Masa nak rayanilah Astro rosak. terpaksa panggil orang Astro untuk repair. masa orang Astro baiki decodar, Naufal datang dekat dan luahkan susu kedalam dekodar Astro sampai short decoder tu. terpaksa pekerja tu ganti dekodar baru.
kena RM150.

Tahun ni Hari Raya disambut sekali dengan Hari Merdeka.


RAYA PERTAMA

Raya jatuh pada hari 30 Ogos 2011(Selasa)

Pagi raya ayah ke sembahyang raya tapi Naufal tak ikut. Mungkin tahun depan, janji Ayah untuk bawak Naufal sekali ikut sembahyang Raya.selain dari itu takbir raya di televisyen dapat memukau kau untuk terpaku sejenak.

Lepas sembahyang kita tiup lilin kek harijadi Ibu yang jatuh pada 30 ogos.Naufal yang tiupkan lilin kek Ibu.

Lepas sembahyang Raya kita sekeluarga pergi ke bendang, Kampung Gajah. Itu rutin biasa.
Sebelum itu kita bersiar-siar di Kampung Bahagia dulu, kampung ayah lama.

Raya tahun ni tak banyak berjalan, kerana pada pukul 3 petang kita dah bertolak pulang ke Batu Kawan Penang.Sampai di Penang sebelum Maghrib.

di Penang, mula-mula naufal menangis. tapi dah lama makin seronok dengan sanak saudara. naufal selalu diwelcome disana. Mereka disini mesra dengan Naufal. Pakcik selalu suruh Naufal baca surah dan Al Quran.

rumah di Batu Kawan luas dan besar. Tak macam di Tapah. Susah nak jaga Naufal di Batu Kawan. Pantang lepa naufal akan keluar dari rumah dan bermain pasir dengan tak berkasut.

pada hari Khamis 1 September 2011, Naufal main pasir depan rumah."naufal! Jangan main pasir!" jerit Ayah.
Ayah ambik dan dukung kau masuk kedalam rumah.
"Naufal main pasir? ya Allah" kata ibu.

10 minit kemudian Naufal keluar rumah dan main pasir lagi.
"naufal! Jangan main pasir!" jerit ayah. Ayah grab Naufal dari belakang dan dukung Naufal masuk kedalam rumah dan terus ke bilik air.
"naufal main pasir? Ya Allah" kata ibu yang sedang berbual didapur.

5 minit kemudian Naufal berjaya keluar dari rumah dan main pasir lagi.
"naufal!" Ayah dukung Naufal dan bawak masuk kedalam rumah sementara Naufal terus meronta-ronta nak keluar.
"Naufal main pasir? Ya Allah" Kata ibu yang sedang make up.
Sebenarnya kegemaran main pasir naufal dapat dari video Teletubbies.

3 September 2011

hari ni sehari suntuk kita berjalan ke wedding sanak saudara. kenduri di Juru dan kenduri di Sungai Petani. Macam biasa, letih nak jaga Naufal yang tak reti duduk diam.

Kita pulang ke Tapah pada pukul 8 lebih. Pakcik suruh Naufal baca Bismillah dari frame yang tergantung atas pintu rumah. Bila Naufal baca, semua bertepuk tangan.

Kata Pakcik, bila Naufal takde(bila kita takde) rumah tu jadi sunyi sepi balik.


4 September 2011
hari ni birthday Ayah yang dah makin tua. Pagi-pagi ayah pergi ke Tapah dan beli kek. Tapi bukan kek untuk kAyah tapi kek untuk Opah. Inilah kali pertama kita tiup lilin harijadi Opah. Opah ketika ini berumur 73 tahun.

Ayah tinggal CD Orkestra Murni untuk Naufal. Ianya kumpulan Nasyid Orkestra awal 80an. Ianya Nasyid paling best in the World. Naufal sudahpun boleh menhafal beberapa lirik awaknya.Ayah rasa kau suka pada muzik.

Ayah akan hantar beberapa video, cd musik dan buku lagi untuk Naufal.

14 Sept. 2011
pagi ni Opah telefon. Bungkusan Pos Laju yang ayah kirim selamat dah selamat sampai kerumah.Kiriman itu berbentuk CD Surah Yassin dan ayat-ayat lain. kata Opah lagi naufal dan pandai pasang DVD sendiri.

No comments: