Tuesday, October 11, 2011

Kembali ke Saujana Utama: 9 Oktober 2011

DVD Player yang rosak(19 Oktober 2011)
Beberapa minit selepas kami tiba di Tapah.

Petang Ahad, hujan. Bila ada peluang untuk keluar dan main hujan, kau akan keluar. Ayah bagi payung

Sampai Saujana Utama waktu senja


Dear Naufal,

hari ni 11 Oktober 2011. Dah dua hari Naufal di Saujana Utama. Ini kali pertama naufal pulang kesini selepas hari Raya ogos lepas. Dah hampir 2 bulan kita tak berjumpa.

Naufal masih macam dulu, tak bercakap, suka mengajuk,tak duduk diam, dan suka merampuih. yang berbeza mungkin cuma fizikal naufal yang semakin besar; tak macam budak nak masuk 3 tahun sebaliknya Naufal macam budak 5 tahun.

Nak dukung Naufal pun dah tak larat.

Kami bawak sekali TV ,DVD player dan CD2 naufal, kerana kami tahu itu sahaja caranya kau meluangkan masa.Banyak CD dah calar dan tak boleh pasang. Jadi cita-cita kita untuk simpan CD ni sampai bertahun2 sukar untuk dilaksanakan. Mungkin ayah terpaksa beli CD baru.

Sebelum ini Naufal dan Opah tinggal dirumah ALong selama seminggu di Ipoh.disana pun Opah terpaksa bawak TV dan DVD Player sekali.

Mungkin Naufal disini selama 2 minggu. Ikut Opah, berapa lama dia tahan berjauhan dari rumah Tapah.

Setakat ni Naufal tak duduk diam.Malam tadi pukul 11 bru tidur. Bila Naufal tak tidur Fahan pun ikut main sama. Jadi dua-dua tak tidur sampai lewat malam.

Sekarang Naufal tidur tak pakai Endoi. Dah boleh tidur sendiri atas tilam. Cuma masih bergantung pada susu.

Dan yang paling advance adalah Naufal dah mula pandai pasang DVD sendiri, tak perlu orang pasangkan. Sekarang kau dah pandai pilih DVD yang kau nak tonton.




Dear Naufal,

Sesetengah ibu bapa cuba menetapkan cita-cita dan harapan masa depan untuk anak-anak mereka. sesetengah mahu mereka mempunyai pekerja yang baik untuk masa depan, seperti doktor, peguam atau sebagainya.
Ayah tak pernah harap kau jadi apa-apa.Kecuali jadi manusia berguna pada agama bangsa dan negaranya. Bunyinya mungkin klise tapi itulah kenyataannya.

Mungkin kerana sejak dari kecil ayah tahu yang naufal tak pernah dengar apa kami cakap.
Tapi sebenarnya kami percaya pada kau dalam pilihan dan rancangan masa depan.

tapi rasanya kau minat pada seni. Ini mungkin kerana sifat kau yang suka bereksperimen dengan benda dan sekeliling kau. Jadi mungkin ayah cuba dedahkan sikit demi sikit seni dan unsur-unsur kreatif pada kau.Sekurang-kurangnya itu yang boleh ayah buat. Wallahualam.

17 Oktober 2011
Setiap malam Naufal akan menggeledah DVD dan pasang. Kemudian kau akan forward dari awal tanpa filem tamat. Kemudian kau tukar dengan DVD yang lain pula.

Ada satu kisah lucu tentang ini. hari itu naufal jumpa DVD SAW, sebuah filem horror. Tapi bila pasang kau sebut "Sallahhualaihi wassallam". Mungkin sebab kau ingat ini filem nasyid!

19 Oktober 2011
malam ni DVD Player Naufal rosak. Fahan tepuk slide CD tu sampai rosak. Ayah dah agak benda-benda macam ni anak berlaku. Dan disebabkan DVD tak boleh pasang, kau menangis sepanjang malam ditambah dengan badan yang sedikit panas.

No comments: