Thursday, October 27, 2011

Hujung Oktober


26 Oktober 2011

beberapa hari sebelum kita pulang ke Tapah ayah ada beli CD teletubbies untuk Naufal. sekarang susah nak cari CD teletubbies di kedai. di Speedy Video banyak dah tak ada, jadi bila ayah nampak CD teletubbies di Speedy Plaza Alam Sentral ayah terus beli. Sebab ayah tahu ni rancangan kartun pendidikan kegemaran kau dan yang terbaik.

Ada beberapa rancangan kanak-kanak, tetapi setakat ini teletubbies yang paling ayah suka. Dan mungkin juga buat kau. Teletubbies mengajar dengan gerak fizikal kasih sayang (part peluk dan hug)

Sesame Street terlalu advance dan Barnie pula boring. Setiap kali ayah pasang teletubbies kau akan terkinja-kinja mengikut kararter kartun tersebut, menari dan berlari-lari.
kalau ayah ada mood ayah akan terkinja-kinja sekali ikut menari.

Namun begitu ada beberapa bahagian dalam Teletubbies yang tak boleh jadi teladan (sebab kau mudah meniru). ya rancangan kartun itu mengajar kau untuk menjadi lebih kreatif, tetapi ada masanya ianya membuatkan kau terlebih kreatif. hari itu kau calit kuah kari ayam ketangan mengajuk satu episod dalam siri itu yang kanak-kanaknya sedang mengecat tangan.

Ayah terus simpan Cd Teletubbies tersebut sehingga satu masa yang sesuai.

Dalam masa yang sama Ayah cuba cari CD pendidikan yang lain yang baik untuk kau. ayah akan hantar melalui post.

Setakat ini DVD dan TV amat penting untuk kau;ianya lebih penting dari makan-Masa DVD rosak kau tak boleh tidur malam.

Tak lama lagi hari Raya Haji akan menjelma. kami rancang untuk balik ke Pulau Pinang.

No comments: