Monday, November 28, 2011

25 November 2011: Harijadi ke 3


Salam Naufal,

25 November, harijadi Naufal ke 3. Maksudnya Naufal dah 3 tahun.

Masa ni naufal di Tapah. Nenek beli kek dari Kak Kiah dan masak keropok dan apa entah lagi untuk sambutan harijadi Naufal di Tapah dengan kanak-kanak disana.
Dulu sambutan awal dah kita buat ketika di Batu Kawan Penang. kali ni yang benar-benar mengikut tarikh yang sebetulnya.

Ayah masa ni sakit tekak. Ulser. Tak boleh bercakap tak boleh makan.
Musim demam sekarang sebab boleh kata tiap-tiap hari hujan.

Maaf ayah dan ibu tak sempat pulang ke Tapah untuk sambutan hari jadi kau.

Setakat ni rasanya Naufal masih tak lancar bercakap lagi. Walaupun hari tu ketika dalam telefon dengan ibu Naufal bagi salam penuh.

Ada beberapa CD pendidikan baru ayah beli tapi tak sempat nak post ke Tapah. CD rancangan kartun kau tak berapa minat sangat. Setakat ini itu yang menghiburkan kau; menonton DVD.

Kalau kau dah pandai buang air kecil dan air besar sendiri mungkin Opah/Nenek boleh hantar kau ke taska. Tapi setakat ni belum boleh lagi. Ayah rasa kau akan seronok bila di Taska.

naufal, banyak benda boleh ayah ajar/peringatkan tentang kehidupan. Tapi biarlah tunggu masa yang sesuai. walaupun pengalaman sendiri itu sebenarnya adalah guru kita yang paling baik.

Dalam kehidupan kau akan buat silap. Adalah penting untuk mengaku kesilapan yang kita buat dan bersedia untuk meminta maaf. Dan yang penting walau banyak mana pun kesilapan yang kita buat, jangan biarkan ianya menghantui kita. Dalam hidup yang paling penting adalah will/kesanggupan untuk terus hidup.




No comments: