Sunday, December 18, 2011

17 Disember 2011: perkhawinan Kak Long Yani

Naufal tiada dalam gambar ni sebab sibuk bermain.



Luka didahi sebab jatuh masa main, kata Opah. Dah macam Harry Potter pulak

Ayah beli baju Liverpool untuk Naufal walaupun Liverpool ketika ini jarang menang :(




Dear naufal,

pada 17 Disember Kak Long (Norziyani Zinuddin) melansungkan perkhawinan. naufal dan Opah sudah dua minggu bertandang di batu Kurau Taiping. Ayah dan Ibu tak dapat pergi awal kerana tugasan dipejabat yang banyak.

Kami hanya sampai kesana pada pukul 2.30 pagi 17 Disember, sehari sebelum perkhawinan berlansung.

Kalau orang lain penat sebab bekerja menjayakan kenduri kawin, ayah penat sebab mengejar kau kehulu kehilir.

waktu Tengahari ibu panggil ayah.
"Kenapa?"
"Naufal berendam dalam baldi basuh pinggan" kata ibu.

Bila ayah tengok ketepi bangunan Naufal memang tengah berendam dalam baldi untuk basuh pinggan. nasib baik kerana air masih lagi elok. Ayah terus angkat Naufal dan pergi bilik air, tukar baju.

Kemudian Naufal keluar main lagi.

Kata Opah semalam Naufal buka air kat depan rumah Yong sampai baju. Diaorang tak tahu sebab diaorang sibuk didapur. Bila Yong Cho kedepan rumah dia tengok naufal tengah berenang.
Kesian Opah kena lap balik rumah.

Waktu abang Afdhal ,kak Nurul dan saudara mara yang lain datang kekenduri. Merekap un dah lama tak berjumpa naufal.

Bila sibuk bermain kau sikit pun taknak makan. Masa pulang nampak muka Naufal gelap kerana asyik bermain tengah panas.

Disini semua orang tahu betapa'hero'nya Naufal. Semua orang pernah ada pengalaman mengejar Naufal agar tak berlari terus kejalan besar.

Dihadapan rumah Yong ada taman permainan. Naufal biasa main papan gelungsur disini. Kadang-kadang Naufal main seorang diri. Ini beberapa peel dan perangai Naufal yang ayah tengok. Kau boleh 'layan kepala sendiri' bila bermain. Sorang-sorang pun kau boleh main.

Semasa Kak Long buka hadiah dia dapat hadiah sebuah buku tafsir Al Quran yang besar dan cantik. naufal berebut dan baca sampai taknak bagi balik. Insyallah nanti ayah belikan Naufal buku tafsiran satu.

Alhamdulillah majlis berlancar dengan baik.

hari Ahadnya kita pulang.

Orang lain penat bersiap kenduri, ayah penat sebab mengejar Naufal.



Dear Naufal,
Bila kau membesar kau akan mengalami masalah sama yang ayah pernah alami. Sebab kau berbeza, orang lain sukar untuk faham kau. Dan kau juga susah untuk faham orang lain.
Tapi dalam masa yang sama kau perlu terus berhubung dengan masyarakat.

Jangan putus asa dengan kemanusiaan dan manusia tidak akan putus asa dengan kau.

No comments: