Sunday, September 2, 2012

Hari Raya Aidilfitri 19 Ogos 2012

*Pulang dari bercuti hari raya, singgah sebentar di lebuhraya sebab Naufal terkencing dalam seluar :)



Naufal,

hari raya tahun ini disambut pada penghujung bulan Ogos.

Bila kami sampai di Tapah Road pada lewat malam 17 Ogos, Naufal menyilak langsir pintu rumah. "Ayah" sebut Naufal.

tahun ni ayah berbelanja paling banyak berbanding tahun-tahun lepas. 2 biji TV LCD 32 inchi dan 40 inchi. Satu untuk Tapah dan satu lagi untuk di Batu Kawan. Pakaian Naufal dan Isfahan pun paling banyak tahun ni. ada kasut Nike, baju rock, baju Melayu dan termasuklah 3 baju Liverpool.

Pagi raya naufal ikut ayah pergi sembahyang Raya. Kemudian singgah kubur Atuk kejap. Hari raya pertama kita pwergi beraya ketiga rumah saudara mara di Kg Gajah. Petangnya kita ke Kg Bahagia, rumah lama ayah. tapi takde orang. Kita terus ke pekan Teluk Intan. Cadang nak menonton wayang tapi semuanya 13 tahun keatas. Akhrinya kita singgah di McDonald.

Ada beberapa perubahan dari tingkahlaku Naufal yang kami perasan. Yang pertamanya naufal tak lagi panas baran macam dulu lagi. satu lagi, kalau excited menonton tv kau akan menjerit kuat.

naufal bercakap dengan nada dan cara yang pelik. Kemudian baru kami perasan yang bahasa yang kau tuturkan adalah dari siri TV. jadi bunyi percakapan kau macam Bahasa Baku.

Pagi 20 Ogos baru kita gerak ke batu Kawan, Penang.seminggu kita beraya di Penang. Kita tak banyak bertandang kerumah orang, cuma duduk dirumah dan menonton TV sahaja.


Pada 24 ogos 2012, 4 kali Naufal kencing dalam seluar.

26 Ogos kita balik ke Tapah. Petang ini kita ke stesyen keretapi.

Ayah beli DVD Player baru. 30 Ogos ayah hantar pos ekspress DVD animasi Toy Story, Toy Story 2, Simpson Movie, Snow White dan Monster Inc. Cari Finding Nemo tak jumpa.

Beberapa minggu selepas tamat cuti Raya ayah masih terngiang-ngiang naufal menyebut/memanggil "Ayah! Ayah!". ..Sebagai manusia itu adalah hadiah paling bernilai seseorang boleh terima.

No comments: