Friday, October 5, 2012

Oktober 2012: Ke Stesyen Keretapi Tapah Road

Awal Oktober kita balik ke Tapah sebab rindu sangat dengan kau.

 Kami sampai awal pagi, ,dekat pukul 2. Masatu Naufal dah tidur. Sengaja kejutkan kau dan bila kau dah bangun Naufal main dengan fahan sampai pukul 5 pagi.

 Ayah belikan Naufal beberapa CD kartun Orang Putih dan kartun Melayu, Upin dan Ipin. Tapi kali ni Naufal takdelah excited sangat. Rupa-rupa sebab Naufal ingat TV dah rosak. Patutlah Opah cakap Naufal lama tak tengok DVD...Apa entah kau tekan2 remote TV sampai kena password.

 Opah cakap Naufal suka naik bas.kadang-kadang Opah dan Opah Nin bawak Naufal naik bas pergi pekan Tapah makan Mee Rebus dan ABC.Opah cakap naufal suka bila naik bas, lebih suka naik bas dari naaik kereta.

 Opah dah mula merancang nak hantar Naufal ke Taska. Ikut anak jiran sekali pergi.

 waktu petang kita ke stesyen keretapi tengok Keretapi.Biasanya keretapi akan datang pada lewat pukul 6. tapi kita tak lama kat sana sebab Fahan ligat sangat berlari kesana kemari. Opah cakap bila Abang Rin ada dia nak merasa pergi ke KL naik keretapi.

 Ibu pula cakap Naufal dah banyak cool sikit. Tak macam dulu yang asyik hot temper sahaja. Mungkin sebab banyak belajar dari kartun TV kot. Mungkin jugalah. Kebanyakan adegan dari siri TV tu naufal dah hafal. Bila pasang kau repeat dialog dari TV tu. thats impressive!

No comments: