Sunday, October 28, 2012

26 Oktober 2012; Raya Haji

Naufal dan Opah di bendang, Permatang Pelanduk. Dulunya Opah dan Atuk pernah menanam padi disini. Sekarang tanah ini diusahakan orang lain.

Assalamualaikum Budak Bertuah,

Pada 25 Oktober 2012 Kami pulang ke Tapah untuk sambutan raya Haji. Jalan jem dan hujan lebat. Kami sampai di rumah Opah pukul 2 pagi. Naufal tengah tidur.

Opah cakap Naufal kena kudis. Kudis buta naik sampai ke belakang tengkuk. Mungkin sebab air paip yang tak elok ataupun alergik. Bila sapu ubat nampak sikit kurang kudis.
Ibu sapu ubat kudis pagi Raya Haji. Naufal masih belum mandi.


Prof Chess Skinner ada bagi banyak buku untuk Naufal. Ayah belikan DVD Finding Nemo dan The Incredible.

Pagi Raya, kerana penat sangat ayah tak sempat ke masjid Sembahyang Raya. begitu juga dengan Naufal.
Lepas tu macam biasa kita ke bendang. naufal kena tegur dengan Abang Unggai sebab main bunga. Lepas tu kau menangis dan mengamuk. Oh ya panas baran kau masih ada rupanya. makin teruk. Di rumah Naufal selalu saja mengamuk sebab DVD. Takde cure rasanya benda ni. Cuma harap jangan kawan-kawan lari dari kau sebab habit macam tu.

Biasanya bila ada adik bersama kamu berdua akan main sambil menjerit kuat. Fahan ajar Naufal main lompat atas katil. Kata Opah takde Fahan, kau tak buat benda-benda macam tu.

Petang Sabtu kita pergi supermarket pagi di pekan Tapah.
Malam Sabtu Naufal dan Isfahan tengok Finding Nemo dalam gelap. Mendongak Fahan tengok TV.

Pagi Ahad kita ke pekan Tapah, Opah belikan Naufal bajau Ultraman.

No comments: