Wednesday, November 21, 2012

Mid November: sambut Harijadi Awal dan menonton Finding Nemo 3D di MBO Subang Parade


25hb November disambut awal tahun ini sebab ayah kena pergi tengok konsert Sigur Ros pada tarikh yang sama. jadi kami sambut harijadi naufal awal tahun ini. Kami balik pada 9 November sebab ada kenduri kak Kiah.

13 November ayah beli kek untuk Naufal dan sambutan hari jadi kau disambut keluarga terdekat, ayah, ibu, Opah, Azie dan Naufal.

Bulan ni kau dah 4 tahun. Tapi badan kau macam budak umur 6 tahun.

Malam sebelumnya Naufal mengamuk. Baling barang dan lain-lain sebab berebut remote control dengan ayah. Nampak marah sangat kau. Kesian pula ayah tengok kau cuba mengawal marah. Akhirnya ibu masuk. Ibu bagi susu pun Naufal baling. Akhirnya ibu kurung dalam bilik belakang untuk 5 saat. Kau menjerit sampai bila ibu buka pintu kau terus meluru kebilik air nak kencing. kasihan pulak tengok kau. Pening juga kepala ayah pikir macamana nak hilangkan panas baran kau ni.

Petang 13 November (selasa) kita balik ke Saujana Utama. esoknya naufal temankan nayah ke pejabat. Susah juga nak handle kau sebab ayah kena turun naik pejabat selesaikan kerja. Ada masanya ayah tutup pintu bila Naufal tidur. Bila ayah kembali kebilik, kau sudah terjaga dan berpeluh-peluh depan pintu. Mesti kau cuak ingat kena tinggal.

Pukul 1 kita gerak ke Subang Parade untuk pengalaman pertama kau di panggung wayang. Filem yang terpilih ialah Finding Nemo 3D. naufal dah selalu menonton Finding nemo, tapi yang ini berbeza dari yang pernah dia tonton kerana ianya dalam 3D dan skrin besar. Ayah tak tahu idea ini baik ataupun tidak tapi ianya   satu risiko.Apa-apa pun boleh terjadi, Naufal boleh menjerit dalam panggung, takut, lari dan macam-macam lagi. Tapi itu risiko yang ayah sanggup tanggung. Paling kurang pun rugi duit tiket RM30 hengget.

Anggap ianya hadiah harijadi kau.

Kita masuk ke panggung untuk tayangan pukul 2.30 petang. Kita duduk paling tepi.  Ada cermin mata gelap untuk 3D tapi kau lansung taknak pakai. Ada filem kecil ditayangkan dan kau menjerit seperti biasa bila ghairah. Sepanjang tayangan untuk 3 0minit awal kau duduk setia. Dan 'menghafal'beberapa adegan yang memerlukan kau untuk menjerit bila adegan itu ditamatkan dengan klimaksnya.Kau a bit show off pada penonton lain dengan menunjukkan kau telah 'hafal' adegan-adegan itu.

Lepas 30 minit Naufal mula tak duduk diam. Kau melompat-lompat tepi laluan, berbaring atas laluan  dan macam-macam lagi. Ayah biarkan asal kau tak kacau orang dan buang bising. satu lorong dengan kita ada budak perempuan Cina dan ibunya, macam biasa Naufal ada perasaan nak menggendeng. tapi cepat-cepat ayah tahan.

Lepas filem tamat, kita cepat-cepat keluar dari panggung wayang dan terus ke parking lot. Itu yang berlaku pada 14 November 2012 (Rabu) pengalaman menonton wayang Naufal yang pertama.










No comments: