Monday, February 25, 2013

Cuti Chinese New Year 2013





 di Padang Kota pekena Pasembur
Teringin pakai jubah Afdhal. Bila dah pakai taknak buka



8 Februari kita balik ke Batu Kawan untuk cuti panjang sempena Chinese New Year.

Sampai Tapah kami terkejut Naufal dah makin berisi. banyak seluar dah mula tak muat-kena beli banyak seluar baru. Pergerakan Naufal pun makin perlahan, mungkin sebab badan makin besar. Kalau dibandingkan masa Naufal kecik, lagi ligat dulu.

di Batu Kawan ,tiap-tiap petang kita melepak di jeti. Bil hujan Naufal akan keluar dan mandi. Ibu mula angin sebab selalu terpaksa tukar baju.

Naufal selalu trick ayah, kata nak kencing. Tapi bila dah masuk dalam bilik air terus mandi.

Naufal masih belum bercakap tapi dah boleh panggil ayah. "Ayah ayah" kau sebut.

Rancangan kegemaran masih 106. Lepas maghrib bila habis mandi dan dengan botol susu dan mengadap TV, kau akan mintak tukar channel ke 106 Oasis. Semua orang dah tahu. Selain dari tu ada beberapa  channel Naufal hafal.

Ada juga beberapa perkataan kau sebut dalam bahasa Inggeris, terutama 'cat', dan 'no'. Mereka ketawa bila dengar kau sebut perkataan-perkataan tersebut.


16 Februari kita balik ke Tapah. Balik ke Saujana Utama masa Naufal dan Opah pergi kekedai.  That was the saddest moment in my life sebab terpaksa 'tipu' kau lagi.


Ianya satu percutian yang menarik dan sweet, sampaikan ayah upa semua kerja yang tak siap di pejabat.

2-3 hari kemudian Opah cakap naufal kena jangkitan mata Isfahan. Opah tak hantar Naufal ke tadika. Ibu hantar ubat mata pakai hantaran pos.  kata Opah lagi masa Postman datang, Naufal berlari ketepi pintu ingatkan postman hantar DVD. esoknya ayah belikan beberapa CD di pasar malam- CD pidato Indon dan CD Sang Kancil dengan Gergasi. Ada beberapa CD murah di kedai Video Speedy yang boleh ayah beli untuk Naufal nanti. Ayah akan cuba hantar VCD kartun/educational terbaru setiap minggu.



No comments: