Thursday, April 4, 2013

29 Mac 2013





29 Mac kami balik ke Tapah. Sampai lewat dan Opah dah tidur. naufal yang kejut Opah cakap kami dah sampai bila dengar suara Isfahan menangis depan pintu.

Lepas tu kome berdua tak tidur sampai pukul 5 pagi. Kesian jiran-jiran sebelah tak boleh tidur dengar suara kome berdua.

ayah belikan DVD Wall E dan Pinocchio untuk Naufal tapi kau tak berapa tengok sangat.

Yong pun sampai. Dia belikan baju Lampard untuk Naufal walaupun tahu ayah nak kau support Liverpool. katanya takde baju Liverpool.

Hari Sabtu petang kita semua pergi ke Stesyen Keretapi Tapah Road tengok keretapi. Sampai sana pukul 5 lebih dah kita bertuah sebab sampai sahaja disana terus ada keretapi lalu. Isfahan sejak kebelakangan ni obses dengan kartun Thomas and Friend, jadi dapat tengok keretapi real didepan matanya mungkin satu pengalaman yang lain macam sikit. Naufa tutup telinga bila keretapi sampai.

Kemudian kita pi shopping kat pekan Tapah beli susu.



Hari Ahad kita pergi makan Mastan Ghani di Teluk Intan. Kemudian naik supermarket The Store. Banyak seluar Naufal dah tak muat jadi Opah belikan sepasang pakaian untuk Naufal. Naufal sibuk nak naik escalator. Memang letih kalau bawak korang 2 berjalan.

Ada beberapa perkataan yang Naufal dah boleh baca.

Cadang nak bawa Naufal menonton The Croods kat Teluk Intan. Tapi tak dapat sebab semua pakat ikut nak ke Teluk Intan. Kita tunggu Jurassic Park 3D dan Finding Dora keluar wayang.

No comments: